Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ing.ge.ri.san] | کأيڠݢريسن

Definisi : terlalu terpengaruh oleh (terikut-ikut, bersifat, dsb) Inggeris atau cara Inggeris: bukan stail yg menunjukkan ketegasan fikiran melainkan betapa ~ cara kita berfikir; penggunaan kata-kata yg tidak tepat, stail yg ~, dan ayat-ayat yg tidak lengkap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keinggerisan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat petang tuan. Mengapakah universiti dalam bahasa Melayu tidak dinamai "pusat pengajian tinggi", seperti Pusat Pengajian Tinggi Malaya, Pusat Pengajian Tinggi Sains Malaysia? Mengapakah dinamakan "universiti"? Kata "universiti" kata yang dipinjam daripada bahasa Inggeris dan telah melalui penyesuaian ejaan yang sedikit sahaja, jadi bunyi bahasa Inggeris "university" itu tampak sangat. Ini yang dikatakan kata pinjaman bahasa Melayu yang keinggerisan. Dalam bahasa Melayu, sudah sedia ada frasa "pusat pengajian tinggi" untuk menunjukkan sekolah mahasiswa, oleh itu, mengapakah kata "university" daripada bahasa Inggeris dipinjam lagi untuk menjadi "universiti"? Frasa "pusat pengajian tinggi" kata bahasa Melayu jati!Perkataan "universiti" telah lama diterima dalam bahasa Melayu dan telah mantap penggunaannya.Istilah28.11.2016

Kembali ke atas