Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.i.zi.nan] | کأيذينن

Definisi : kebenaran, keredaan, kerelaan: ia memerintah negeri itu dgn ~ sultan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.i.zi.nan] | کأيذينن

Definisi : hal mendapat izin; kebenaran; kerelaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
izin
Kata Terbitan : keizinan, mengizinkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya berkaitan salah satu kata tugas iaitu kata bantu ragam 'boleh' dan 'dapat'. Adakah kata bantu ragam 'boleh' mendukung dua makna iaitu keupayaan dan keizinan atau hanya mendukung satu makna sahaja iaitu keizinan? Perkara ini membuatkan saya keliru dalam menerima ayat daripada murid sama ada ia boleh dikategorikan sebagai 'betul tetapi kurang tepat' atau 'salah' dalam menggunakan kata bantu ragam 'boleh' kerana berdasarkann pembacaan saya, terdapat pandangan yang berbeza berkaitan makna kata bantu ragam 'boleh' ini yang mana ada pendapat yang menyatakan kata bantu “boleh” membawa kedua-dua maksud, iaitu “keizinan” dan “kemampuan”, manakala ada yang menyatakan bahawa “boleh” hanya berkaitan dengan “keizinan”, tidak kurang juga ada yang menunjukkan pendirian yang tidak jelas, iaitu “asalnya berbeza” tetapi bergantung pada konteks penggunaannya. Contoh ayat: 1. Dia sudah boleh berjalan 2. Kita boleh berjaya sekiranya kita berusaha. Adakah dua ayat di atas adalah BETUL TETAPI KURANG TEPAT atau SALAH?

Waalaikumsalam,

Kata boleh dan dapat kedua-duanya tergolong sebagai kata bantu yang hadir sebelum frasa, yang bertugas membantu frasa kerja dan frasa sendi nama. Namun begitu, kata boleh membawa unsur keizinan/kebenaran dan kemampuan( keupayaan) dan tidak menyalahi peraturan, manakala kata dapat lebih memberikan unsur keupayaan tetapi tidak membawa maksud keizinan. Secara keseluruhannya, kata boleh dan dapat boleh digunakan sebagai keupayaan, tetapi kata dapat tidak boleh bersinonim dengan kata boleh bagi rujukan kebenaran atau keizinan. Contoh ayat bagi kata dapat yang membawa maksud keupayaan dan kebolehan ialah “ Dapatkah anda menjawab soalan saya”, namun begitu, anda tidak boleh bertanya kepada guru seperti contoh “ Dapatkan saya ke tandas” kerana jawapan kepada soalan tersebut hanya memerlukan keizinan guru sahaja. Contoh ayat yang menunjukkan kata “boleh”  bersinonim dengan kata “dapat” ( yang menunjukkan keupayaan) ialah “kalau berusaha bersungguh-sungguh  kita boleh menang”, “Kalau berusaha bersungguh-sungguh, kita dapat menang. 
Kedua-dua contoh ayat “Dia sudah boleh berjalan” 2. “Kita boleh berjaya sekiranya kita berusaha” adalah betul.

Tatabahasa13.03.2019
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya berkaitan salah satu kata tugas iaitu kata bantu ragam 'boleh' dan 'dapat'. Adakah kata bantu ragam 'boleh' mendukung dua makna iaitu keupayaan dan keizinan atau hanya mendukung satu makna sahaja iaitu keizinan? Perkara ini membuatkan saya keliru dalam menerima ayat daripada murid sama ada ia boleh dikategorikan sebagai 'betul teta[i kurang tepat' atau 'salah' dalam menggunakan kata bantu ragam 'boleh' kerana berdasarkann pembacaan saya, terdapat pandangan yang berbeza berkaitan makna kata bantu ragam 'boleh' ini yang mana ada pendapat yang menyatakan kata bantu “boleh” membawa kedua-dua maksud, iaitu “keizinan” dan “kemampuan”, manakala ada yang menyatakan bahawa “boleh” hanya berkaitan dengan “keizinan”, tidak kurang juga ada yang menunjukkan pendirian yang tidak jelas, iaitu “asalnya berbeza” tetapi bergantung pada konteks penggunaannya. Contoh ayat: 1. Dia sudah boleh berjalan 2. Kita boleh berjaya sekiranya kita berusaha. Adakah dua ayat di atas adalah BETUL TETAPI KURANG TEPAT atau SALAH?Kata bantu ragam 'boleh' merujuk dua makna iaitu keupayaan dan keizinan. Oleh yang demikian, kedua-dua contoh ayat  yang diberikan adalah betul.Tatabahasa26.02.2019
salam1 Malaysia. adakah perkataan 'diatas' dalam ayat berikut sesuai digunakan. tq cth. ayat : Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih diatas keizinan menjalankan penyelidikan kepada pihak JAS.Penggunaan yang betul ialah  atas keizinan/atas kerjasama/atas sumbangan/atas perhatian.  Kata sendi nama 'di' hanya digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat/ lokasi contohnya '...di atas meja'  dan '...di kampung'.Tatabahasa31.03.2017
Assalamualaikum Tuan/Puan. Saya Che Nurul Aidil Adilah Binti Che Asaari Pelajar Tahun 4 Usim dari Fakulti Kepimpinan Pengurusan. Saya ingin memohon jasa baik dan keizinan dari pihak Tuan/Puan untuk bertanyakan tentang biodata Encik Wan Yusof Hassan untuk tujuan tugasan akhir saya yang mana saya perlu mengetahui latar belakang beliau secara terperinci. Jadi, saya begitu berharap untuk mendapatkan keizinan dari pihak Tuan/Puan untuk tugasan saya kali ini.Jawapan dan maklumat biodata telah die-melkan kepada Puan Che Nurul Adilah binti Che Asaari pada 20/1/2023.Tokoh16.01.2023
Assalamualaikum Tuan/Puan. Saya Che Nurul Aidil Adilah Binti Che Asaari Pelajar Usim dari Fakulti Kepimpinan Pengurusan. Saya ingin memohon jasa baik dan keizinan dari pihak Tuan/Puan untuk bertanyakan tentang biodata Encik Wan Yusof Hassan penulis Peristiwa di Padang Karbala diterbitkan oleh DBP untuk tujuan tugasan akhir saya yang mana saya perlu mengetahui latar belakang beliau secara terperinci. Jadi, saya begitu berharap untuk mendapatkan keizinan dari pihak Tuan/Puan untuk tugasan saya kali ini.Diserahkan kepada pegawai yang mengenali tokoh penulis ini dengan mendalam untuk mendapatkan biodata lengkap.Tokoh16.01.2023
Saya teranselit sebuah buku bahasa malaysia kepada bahasa thai,saya ingin membuku dan mengeluarkannya. Apakah yang saya perlu lakukan tentang keizinan hak ciptaan tersebut?

Umumnya pemilik karya hak cipta mempunyai hak eksklusif bagi mengawal pengeluaran semula sesuatu karya dalam apa-apa bentuk bahan (termasuk fotokopi, rakaman dan lain-lain) dan bahasa (selain daripada bahasa asal karya tersebut) sekalipun. Mengeluarkan semula sesuatu karya dalam bentuk dan bahasa lain tanpa mendapat keizinan daripada pemegang hak cipta (sama ada penerbit ataupun penulis) dianggap sebagai perlakuan yang melanggar hak cipta. Saudara perlu mendapatkan izin secara bertulis daripada pemegang hak cipta karya berkenaan sebelum boleh menterjemah dan menerbitkan semula karya tersebut dalam bahasa lain.

Lain-lain11.05.2009
Asslmwbkth Saya hendak menerbitkan semula sebuah puisi saya yg tersiar dlm Dewan Sastera ke dalam bentuk Antologi Puisi Peribadi...saya difahamkan perlu mendapat keizinan dpd bahagian Harta Intelek...boleh saya dapatkan no talipon dan siapa yang boleh saya hunungi?Sila hubungi pegawai di Bahagian Harta Intelek, iaitu Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh/Puan Hawa Zurina binti Ra'ee melalui talian 03-21479523/9524 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my/hawa@dbp.gov.my.Lain-lain12.05.2015
Wong Yee Fang SUN 4:46PM Wong Yee Fang Kepada Admin, Saya sedang mendirikan sebuah blog khas untuk mereka yang gemar belajar Bahasa Malaysia. Saya hendak minta keizinan Dewan Bahasa agar gunakan maklumat di Facebook Dewan Bahasa, misalnya "Peka Bahasa" dan "Lembar Bahasa" di dalam blog saya. Terima kasih.Ya silakan. Terima kasih.Lain-lain20.06.2016
Ramlee Wahab May 12th, 2:56pm Asslm.wbkth tuan, Mohon bertanya, saya ingin menerbitkan semula puisi yg terbit di dalam Majalah Dewan Sastera dlm bentuk Antologi Puisi Peribadi...jadi, kepada siapa perlu saya mohon keizinan...saya diberitahu oleh Prof.Dato Dr Hj Awang Sariyan sila rujuk kpd Harta Intelek...boleh saya dapatkan no talipon dan siapa patut saya hubungi utk mendapatkan penjelasan & kerjasama..? Ramlee Wahab(Nakhoda) 013-7525658Kami mencadangkan tuan menghubungi Ketua Bahagian Harta Intelek, Puan Hajah Kamarian Yusof melalui talian 03-21479440 atau e-mel kamari2@dbp.gov.my.Lain-lain12.05.2015
perbezaan "dapat" dan "boleh"?Untuk makluman tuan, kata "boleh" dan "dapat" kedua-duanya tergolong sebagai kata bantu yang hadir sebelum frasa, yang bertugas membantu frasa kerja dan frasa sendi nama. Kata "boleh" membawa unsur keizinan atau kebenaran dan tidak menyalahi peraturan. Manakala kata dapat membawa unsur upaya. Contoh penggunaan bagi kedua-dua kata tersebut adalah seperti yang berikut:

a. Kamu boleh menyertai rombongan itu kalau diizinkan penjaga.
b. Permit yang diberi boleh dibatalkan.
c. Malisa begitu gembira dapat melakonkan watak Puteri Hang Li Po.
d. Marry masih belum dapat melelapkan matanya.

Kata "dapat" sering disalahgunakan dengan "boleh".
Contoh:
Puisi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis (salah).
Puisi dapat dibahagikan kepada beberapa jenis (betul).
Makna30.10.2014
123

Kembali ke atas