Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ja.dian] | کجادين

Definisi : 1. perkara yg berlaku, peristiwa: polis telah menyiasat ~ itu; 2. perihal ter­jadinya atau dijadikan, kelahiran: ~ langit dan bumi; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan; 3. Id (sudah) berlaku, terjadi: hal itu boleh ~ pd setiap orang; hal-hal yg ~ di merata tempat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ja.dian] | کجادين

Definisi : 1 perkara yg berlaku; peristiwa: ~ itu sangat mengerikan. 2 keadaan menjadi; perihal jadi atau dijadikan: ~ manusia; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan atau hidup-hidupan. 3 sudah berlaku; terjadi: Perkara rasuah ~ di mana-mana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jadi (kata kerja)
Bersinonim dengan berhasil, berjaya;,
Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,

Peribahasa

Dinding teretas,
     tangga terpasang.

Bermaksud :

Kejadian yang sudah cukup buktinya. retas = toreh dengan senjata tajam.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kejadian itu mungkin dapat dielakkan setelah langkah mencegah dibuat sejak lebih awal lagi. tuan, jika langkah mencegah dibuat dari awal lagi atau jika langkah pencegahan dibuat dari awal lagi atau lagipun, tuan...sejak awal lagi dan dari awal ladi...apakah perbezaan antara kedua-dua ini? tq

Penggunaan kata yang betul ialah "langkah mencegah" atau "pencegahan" (tidak perlu didahului oleh kata langkah) dan "sejak awal" atau "dari awal" (bukan sejak dari awal kerana antara makna sejak ialah dari).

Tatabahasa18.09.2011
Kejadian itu wajar menjadi peringatan kepada semua orang. Kejadian itu wajar dijadikan peringatan kepada semua orang. adakah "menjadi" dan "dijadikan" juga betul diguna? terima kasih.Ayat yang betul ialah "Kejadian itu wajar menjadi peringatan kepada semua orang".Tatabahasa15.04.2013
Selamat pagi, bolehkan tolong menyelesaikan soalan di bawah ini sebab tidak dapat cari jawapan. 1 kejadian buli pelajar atau kejadian membuli pelajar ? 2 latihan bergayut pada tali atau latihan bergayutan pada tali ? 3 Segak-segak belaka peragawan-peragawan itu. peragawan boleh dikata gandakah? 4 Sungguh indah nian pemandangan. 5 Apakah maksud kata montel ? 6 Pemuda yang ditemui hanyut di laut itu dibawa ke hospital, hanyut boleh digunakan dalan ayat ini ? 7 Apakah maksud kata ramah-tamah ? Terima kasih1. Buli sama maksudnya dengan membuli, kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan.
2. Latihan bergayut pada tali.
3. Segak-segak belaka peragawan itu. Tidak perlu digandakan. 
4. Sungguh indah nian pemandangan.
5. Montel bermaksud berisi lagi sihat atau berisi lagi cantik.  
6. Pemuda yang ditemui hanyut di laut itu dibawa ke hospital, hanyut boleh digunakan dalan ayat ini.
7. Ramah-tamah bermaksud sangat ramah.
Tatabahasa10.09.2012
1. Kejadian gempa bumi di Turki itu telah "mengorbankan banyak nyawa". 2. Kejadian gempa bumi di Turki itu telah "banyak mengorbankan nyawa". Ayatyang menggunakan "mengorbankan banyak nyawa/ banyak mengorbankan nyawa" betul?Ayat yang betul ialah 'Kejadian gempa bumi di Turki telah mengorbankan banyak nyawa'.  Banyak ialah kata bilangan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa nama tersebut.Tatabahasa08.02.2011
Tuan, ayat mana lebih tepat? 1) berasaskan kepada prinsip menghargai kejadian manusia. 2) berasaskan prinsip menghargai kejadian manusia.Jawapan yang lebih tepat ialah nombor 2, iaitu "berasaskan prinsip menghargai kejadian manusia".Tatabahasa28.03.2013
occurrencekejadianIstilah13.06.2011
adakah penggunaan "sebuah kejadian" betul?Penggunaan yang betul ialah satu/suatu kejadian.Lain-lain09.07.2010
penggunaan perkataan "hari kejadian " atau hari kemenjadian..Penggunaan yang betul ialah hari kejadian.Ejaan28.03.2017
Salam sejahtera tuan. Adakah ayat-ayat berikut betul? 1. Betulkah bahawa kamu tidak membuli adik kamu? 2. Masa yang diuntukkan untuk menyiapkan projek ini ialah tiga jam setengah. 3. Kejadian mengajar saya agar berhati-hati memilih rakan. 4. Wartawan melaporkan kejadian yang mengorbankan lapan belas orang. Terima kasih.Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Betulkah bahawa kamu tidak membuli adik kamu?
2. Masa yang diuntukkan untuk menyiapkan projek ini ialah tiga jam setengah.
3. Kejadian mengajar saya agar berhati-hati memilih rakan.
4. Wartawan melaporkan kejadian yang telah mengorbankan lapan belas orang.
Tatabahasa19.08.2021
1) kejadian itu adalah merupakan sesuatu yang biasa terjadi 2)mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau Pulau Langkawi

Sila jelaskan soalan saudara yang ke-2. Walau bagaimanapun, yang betul bagi soalan pertama ialah:

 Kejadian itu merupakan sesuatu yang biasa terjadi.

 

Tatabahasa17.11.2011
12345678910...

Kembali ke atas