Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ja.ha.tan] | کجاهتن

Definisi : kelakuan atau perbuatan yg jahat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ja.ha.tan] | کجاهتن

Definisi : kelakuan atau perbuatan yg jahat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Ukur baju di badan sendiri.

Bermaksud :

Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Biasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang).

 

Lihat selanjutnya...(45)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
evilkejahatan; keburukanPerubatanTiadaTiada
psychomachiapsychomachiaKesusasteraanTiadaBentuk naratif yang menunjukkan konflik personifikasi antara kejahatan dengan kebaikan. Contohnya, dalam sajak panjang Yunani pada kurun keempat berjudul Psychomachia hasil karya Prudentius. Istilah ini digunakan secara meluas untuk merujuk kepada penggambaran alegori perjuangan antara yang baik dengan jahat. Psychomachia juga digunakan untuk membicarakan wacana naratif fantasi.
penny dreadfulcerita picisanKesusasteraanTiadaCerita ringan dan murah yang mengandung unsur sensasi tentang kejahatan, kejantinaan, pertualangan dan kekejaman.
poetic justicekeadilan puitisKesusasteraanTiadaKonsep moral dalam penulisan karya sastera yang memberikan ganjaran kepada kebaikan dan menerima hukuman untuk kejahatan. Keadilan puitis diwujudkan pertama kali oleh Thomas Rhymer pada tahun 1678. Konsep ini digunakan dalam drama pada kurun ke-17 dan ke-18. Kini, konsep ini digunakan secara meluas dalam semua bidang sastera, seni persembahan dan filem.
dark-side hackerpenggodam jahatTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPenggodam yang merangkumi penggodam hasad, perekah dan juga kod topi hitam. Mengikut asal kewujudannya, istilah �dark-side� merujuk kepada sebuah cerita �Star Wars� yang menyebelahi kejahatan, manakala lawan bagi �dark side� adalah samurai yang merujuk kepada topi putih.
anarchismfahaman anarkiSains PolitikHubungan AntarabangsaTeori politik yang bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang adil dengan memberikan hak kebebasan kepada setiap individu. Sebarang bentuk paksaan atau perintah daripada pihak pemerintah perlu dihapuskan. Fahaman ini menekankan manusia harus bebas bertindak menurut kemahuannya tanpa perlu terikat dengan sebarang peraturan. Kebajikan dalam masyarakat datangnya daripada kalangan individu masyarakat, bukannya daripada pemerintah atau negara. Asas andaian fahaman ini ialah sifat manusia secara fitrahnya adalah baik. Segala kejahatan atau keburukan dalam masyarakat disebabkan oleh campur tangan pemerintah atau negara. Sinonim anarkisme.
Geneva ProtocolProtokol GenevaSains PolitikHubungan AntarabangsaPersetujuan yang dicapai dalam perhimpunan agung PBB pada tahun 1929 mengenai timbang tara, pengurangan persenjataan dan hal yang berkaitan dengan keamanan dunia. Protokol ini diwujudkan sebagai tambahan bagi memperbaik kelemahan yang terdapat dalam peruntukan Piagam Liga Bangsa-Bangsa Bersatu. Dalam mukadimah Protokol Geneva, ada ditegaskan bahawa tindakan perang dan kekerasan terhadap mana-mana negara dianggap sebagai kejahatan antarabangsa. Sebahagian daripada dasar protokol ini turut dimuatkan dalam Piagam PBB.
civilian populationpenduduk awamUndang-undangUndang-undang AntarabangsaGolongan yang tidak boleh turut serta dalam pertempuran dan tidak boleh dijadikan sasaran atau objek kekerasan. Dalam situasi perang, penduduk awam harus dilindungi daripada tindakan-tindakan peperangan kerana mereka tidak terlibat dalam persengketaan yang berlaku antara pihak berperang. Serangan yang dilakukan terhadap penduduk awam boleh dianggap sebagai telah melakukan kejahatan perang sebagaimana yang terkandung dalam Konvensyen Geneva IV 1949.
Kafkaesquegaya KafkaKesusasteraanTiadaGaya, nada, dan sikap watak yang terdapat dalam penulisan Franz Kafka. Secara umumnya, gaya Kafka melahirkan suasana igauan yang menakutkan, seolah-olah wujud kuasa kejam yang mengawal dunia igauan tersebut. Antara tema yang dipaparkan dalam penulisan Kafka ialah kehilangan identiti, pembangkitan rasa takut dan bersalah, serta penipuan pihak berkuasa yang menghalalkan kejahatan, seolah-olah hal tersebut merupakan suatu perkara yang wajar. Novel Kafka yang jelas mencerminkan ciri-ciri ini ialah The Trial (1925) dan The Castle (1926).
eschatologyeskatologiKesusasteraanTiadaCabang ilmu pengetahuan yang berhubung kait dengan keagamaan khususnya tentang hari kiamat, kehidupan selepas mati atau hari pembalasan. Pengetahuan tentang kiamat dan kehidupan alam akhirat merupakan salah satu aspek penting dalam ajaran kebanyakan agama di dunia dengan doktrin yang tertentu. Keterangan tentang alam akhirat telah menarik minat pengarang kitab kesusasteraan untuk digarap ke dalam bentuk yang lebih kreatif. Tradisi ke - susasteraan Arab-Islam menyaksikan kemunculan banyak kitab sastera yang membicarakan unsur eskatologi. Antara yang terkenal ialah Kitab Haqa�iq wa al-Daqa�iq karangan Abu Layth Samarqandi. Sastera eskatologi berperanan besar dalam mengingatkan manusia tentang alam pembalasan di akhirat. Justeru, karya sebegini mendorong manusia melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. Dalam kesusasteraan Melayu, kisah tentang alam akhirat (dalam kubur, syurga, neraka) banyak ditemui dalam karya saduran daripada kesusasteraan Islam seperti Hikayat Nabi Muhammad Mikraj. Dalam hikayat tersebut, diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai diceritakan bahawa Nabi telah menyaksikan pelbagai pembalasan syurga dan neraka yang diterima oleh manusia berdasarkan perbuatan mereka semasa hidup di dunia.
12

Kembali ke atas