Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.jam] | کجم

Definisi : tertutup (mata) hingga tidak dapat melihat, pejam; ~ celik seketika terbuka seke­tika tertutup (bkn mata), seketika terang seketika padam (kn lampu): matanya ~ celik; lampu neon yg ~ celik menerangi jalan itu; mengejamkan memejamkan (mata): beberapa ketika sesudah ia ~ matanya, ia pun tertidurlah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jam] | کجم

Definisi : 1. tidak berperikemanusiaan, tidak mempunyai (menunjukkan) belas kasihan sama sekali, bengis, ganas, zalim: berlaku ~; ayah dan ibunya dibunuh oleh pengganas-pengganas secara ~; hukuman yg ~; 2. sangat kedekut atau bakhil, tidak mudah berbelanja; mengejami 1. membuat (melakukan) se­suatu dgn kejam (tiada belas kasihan), berbuat kejam pd; 2. berlaku keras kpd; kekejaman perihal (perbuatan, sifat) kejam, kebengisan, keganasan, kezaliman: lebih baik mati di medan perjuangan drpd hidup menderita ~ musuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jam] | کجم

Definisi : ; ~ penggeli sj tumbuhan (pokok), Canarium grandiflorum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jam] | کجم

Definisi : tertutup mata sehingga tidak dpt melihat; pejam: ~ celik sekejap terbuka sekejap tertutup (bkn mata). mengejamkan menutup (mata); memejamkan: ~ mata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.jam] | کجم

Definisi : tidak berperasaan belas kasihan; bengis: Sesudah berkuasa, dia sangat ~ terhadap orang-orang bawahannya. mengejami 1 memperlakukan dgn kejam. 2 berlaku kejam kpd (terhadap); berbuat keras kpd: Mereka diusir, dikejami dan harta mereka dirampas. kekejaman perbuatan atau keadaan kejam; kezaliman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kejam

Puisi
 

Orang menajur di tepi sungai,
     Sungai ada tepi padang;
Laksana intan baru dicanai,
     Kejam celik mata memandang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kepala rebah mata melayang,
     bantal bangkit main wayang.

Bermaksud :

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TE RAUPARAHA

Te Rauparaha (1768–1849) ialah ketua Maori dan

salah seorang pahlawan Maori yang paling agung

dan paling kejam antara semua pahlawan Maori

yang dikenali oleh orang Eropah. Baik orang Maori

mahupun pakeha (orang kulit putih) takut kepada

Te Rauparaha. Malahan mereka mengaguminya

lebih daripada mengagumi ketua

pahlawan agung yang lain pada zamannya seperti Hongi Hika, Mananui

Te Heu Heu, dan Te Wherowhero.

UMUM 
TIRANNOSAURUS

Tirannosaurus atau tyrannosaurus ialah

dinosaur pemakan daging yang besar, yang hidup

kira-kira 68 hingga 65 juta tahun dahulu di tempat

yang kini adalah barat Amerika Utara. Nama

Tirannosaurus dalam bahasa Inggeris bermakna

cicak kejam. Tyran ialah pemerintah yang kejam,

berkuasa. Tirannosaurus mendapat namanya

kerana ahli sains menyangka bahawa haiwan besar

demikian tentunya menguasai semua haiwan lain,

membunuh mengikut kehendaknya. Nama saintifik

bagi spesies ini ialah Tirannosaurus rex .

UMUM 
RICHARD

Richard ialah nama tiga orang raja Inggeris yang

memerintah antara tahun 1189 hingga tahun 1485.

Ketiga-tiganya mangkat dengan cara yang kejam.

UMUM 
NICHOLAS I

Nicholas I (1796–1855) ialah tsar Rusia dari tahun

1825 hingga kematiannya pada tahun 1855. Baginda

terkenal kerana pemerintahannya yang kejam,

walaupun berlaku beberapa pembaharuan sosial dan

ekonomi pada zaman pemerintahannya.

UMUM 
SERIBU SATU MALAM

Seribu Satu Malam ialah sebuah koleksi

hikayat yang diceritakan oleh seorang perempuan

yang bernama Shahrazad kepada Sultan Shahriyar.

Sultan Shahriyar ialah seorang raja yang telah

bertukar menjadi kejam sejak dikhianati oleh

isterinya. Pada setiap malam, baginda mengambil

seorang anak dara lalu dinodainya, dan

dibunuhnya pada malam itu juga. Rakyat menjadi

takut dan melarikan anak-anak perempuan mereka

sehinggakan tidak terdapat lagi anak gadis di

bandar itu kecuali Shahrazad, iaitu anak kepada

seorang menteri.

UMUM 
MOTHERWELL, ROBERT

Motherwell, Robert (1915–1991), pelukis

ekspresionis abstrak Amerika yang penting.

Motherwell terkenal kerana beberapa siri

lukisannya. Tetapi kebanyakan lukisannya

membawa tema yang pelbagai, daripada bentuk-bentuk

besar yang kejam dan mengancam

sehinggalah kepada lembut dan mesra.

UMUM 
DEIGHTON, LEN

Deighton, Len (1929– ) ialah pengarang

Inggeris yang dikenali dengan novel perisikan

dan novel perang. Dia tergolong dalam kumpulan

penulis novel antiromantik yang memaparkan

kegiatan perisikan, sebagai kegiatan yang tidak

glamor dan kejam

UMUM 
MUHAMMAD BIN TUGHLUQ

Muhammad bin Tughluq (1290–1351)

merupakan sultan kedua Dinasti Tughluq. Dinasti

itu memerintah hampir keseluruhan subbenua

India tetapi pemerintahannya tidak lama. Baginda

diputerakan di Delhi. Baginda menunjukkan

kepandaian semasa masih kecil, dan menunjukkan

dirinya bakal menjadi pahlawan. Baginda

membesar menjadi orang yang beradab, toleran

dan berwawasan, namun boleh bertindak kejam.

UMUM 
ARES

Ares ialah dewa perang dalam mitologi Yunani.

Ares ialah anak lelaki kepada Zeus dan Hera, raja

dan permaisuri segala dewa. Dewi orang Rom

Mars menyerupai Ares, tetapi Ares kurang penting

dari segi moral dan agama bagi orang Yunani

daripada Mars bagi orang Rom. Ares

mencerminkan aspek perang yang paling kejam

dan ganas. Orang Yunani, yang meletakkan sedikit

nilai pada kualiti ini, tidak menghormati Ares.

UMUM 
PARI-PARI

Pari-pari ialah makhluk khayalan yang muncul

dalam budaya rakyat Eropah Barat. Pari-pari

mempunyai kuasa ajaib, yang gunakan untuk

melakukan perbuatan baik, dan jahat. Pari-pari

biasanya suka membantu, tetapi mereka sering

berkelakuan nakal dan kadang-kadang bertindak

kejam.

UMUM 
12

Kembali ke atas