Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.jam] | کجم

Definisi : tertutup (mata) hingga tidak dapat melihat, pejam; ~ celik seketika terbuka seke­tika tertutup (bkn mata), seketika terang seketika padam (kn lampu): matanya ~ celik; lampu neon yg ~ celik menerangi jalan itu; mengejamkan memejamkan (mata): beberapa ketika sesudah ia ~ matanya, ia pun tertidurlah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jam] | کجم

Definisi : 1. tidak berperikemanusiaan, tidak mempunyai (menunjukkan) belas kasihan sama sekali, bengis, ganas, zalim: berlaku ~; ayah dan ibunya dibunuh oleh pengganas-pengganas secara ~; hukuman yg ~; 2. sangat kedekut atau bakhil, tidak mudah berbelanja; mengejami 1. membuat (melakukan) se­suatu dgn kejam (tiada belas kasihan), berbuat kejam pd; 2. berlaku keras kpd; kekejaman perihal (perbuatan, sifat) kejam, kebengisan, keganasan, kezaliman: lebih baik mati di medan perjuangan drpd hidup menderita ~ musuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jam] | کجم

Definisi : ; ~ penggeli sj tumbuhan (pokok), Canarium grandiflorum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jam] | کجم

Definisi : tertutup mata sehingga tidak dpt melihat; pejam: ~ celik sekejap terbuka sekejap tertutup (bkn mata). mengejamkan menutup (mata); memejamkan: ~ mata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.jam] | کجم

Definisi : tidak berperasaan belas kasihan; bengis: Sesudah berkuasa, dia sangat ~ terhadap orang-orang bawahannya. mengejami 1 memperlakukan dgn kejam. 2 berlaku kejam kpd (terhadap); berbuat keras kpd: Mereka diusir, dikejami dan harta mereka dirampas. kekejaman perbuatan atau keadaan kejam; kezaliman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kejam

Puisi
 

Orang menajur di tepi sungai,
     Sungai ada tepi padang;
Laksana intan baru dicanai,
     Kejam celik mata memandang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kepala rebah mata melayang,
     bantal bangkit main wayang.

Bermaksud :

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
butcherypembunuhan kejamSejarahTiada2. Pembunuhan kejam: Pembunuhan yang dilakukan dengan ganas dan kejam.
cruel treatmentperlakuan kejamUndang-undangUndang-undang AntarabangsaLayanan buruk yang tidak memenuhi kriteria penderaan, sama ada secara fizikal atau mental, perbuatan atau peninggalan. Berbeza dengan perlakuan merendahkan dan perlakuan tak berperikemanusiaan, ciri perlakuan kejam ini paling kurang tumpuan pada nilai kehormatan tetapi lebih tertumpu pada aspek kesakitan dan penderitaan. Contohnya, perbuatan pegawai polis yang menggunakan senjata secara kejam dan tidak mengikut prosedur terhadap seseorang sehingga mendatangkan kecederaan pada orang tersebut. Lihat juga peninggalan, perlakuan merendahkan, perlakuan tak berperikemanusiaan.
antilynchingantibunuh kejamSejarahTiadaSikap kumpulan atau individu yang menentang tindakan atau perbuatan penghukuman bunuh tanpa pengadilan secara rasmi.
vicious cyclekitaran kejamGeografiTiadaTiada
vicious cyclekitaran kejamPendidikanTiadaTiada
vicious cyclekitaran kejamSosiologiTiadaTiada
vicious cyclekitaran kejamPerubatanTiadaTiada
death by violencekematian dengan kejamUndang-undangTiadaTiada
pogrompogromSejarahTiadaPergerakan yang kejam dan ganas untuk memusnahkan sesuatu kaum khususnya di Rusia dengan gerakan anti-Yahudi oleh golongan Tsar dalam tahun 1881.
barbarousgasarSejarahTiadaBerkaitan dengan kejam, bengis, ganas, dan tidak bertamadun yang diungkapkan dalam ucapan atau tulisan dan perbuatan.
123

Kembali ke atas