Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.jap] | کجڤ

Definisi : 1. kelip, kedip (mata); ~ mata kelip mata; 2. = sekejap sebentar, seketika: ~ lagi baliklah dia; tunggu ~ nanti sebentar; berkejap-kejap berkelip-kelip, berkedip­kedip (bkn mata dll); mengejapkan mengelipkan, mengedipkan (mata): ia merenung tajam, matanya tidak sedikit pun dikejapkannya; terkejap-kejap terkelip-kelip, terkedip-kedip (bkn mata dll): kelihatan api pelita ~ di serambi rumah; kejapan gerakan mengejapkan (mata). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jap] | کجڤ

Definisi : tidak mudah tercabut (terurai dll), ketat, teguh: sebilah keris terselit ~ di pinggangnya; tayar itu dipasangkan ~-~ pd roda; mengejap memadat: tanah yg ~ dihakis oleh udara kering; mengejapkan meneguhkan atau mengetat­kan ikatan dsb: Tuk ~ kain di pinggang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jap] | کجڤ

Definisi : gerak mata (pejam dan celik); kelip; kedip: ~ mata kelip mata. berkejap-kejap berkelip-kelip. mengejapkan mengelipkan: ~ mata. sekejap sekelip mata; tidak lama; sebentar; seketika: ~ lagi dia akan pulang. Dia bermain ~ saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kejap


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pressure bandagebalutan kejapVeterinarTiadaTiada
rolling hitchlilit tindih kejapSukanTiadaTiada
magnus hitchlilit tindih kejapPerikananTiadaTiada
rolling hitchlilit tindih kejapPerikananTiadaTiada
fireman's chairsimpul kejapPerikananTiadaTiada
blood productshasil darahPerubatanFarmakologi

Bahan yang didapati daripada pemisahan komponen darah melalui proses tertentu. Satu unit darah utuh yang diambil daripada penderma dapat diasingkan kepada beberapa jenis hasil darah seperti sel darah merah kejap, pekatan platelet, pekatan granulosit, plasma beku segar, albumin, kriopresipitat, imunoglobulin dan faktor pembekuan. Komponen yang terpisah digunakan mengikut indikasi tertentu seperti sel darah kejap dan pekatan platelet masing-masing digunakan dalam rawatan anemia dan trombositopenia yang teruk.

primerprimerPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanLapisan penyalut ada dalam sistem pengecatan yang digunakan sebelum penggunaan penyalut akhir. Lapisan ini memberikan pemukaan yang kejap untuk memastikan kesempurnaan lekatan lapisan penyalut.
long clampapit panjangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanAlat kerja kayu daripada logam yang digunakan untuk mengapit atau dengan merapatkan kompenen kerja kayu dengan kejap semasa proses pemerekatan. Alat ini juga digunakan untuk mengapit kepingan pendek yang hendak diketam atau dikumai. gambar (Apit panjang)
bundle sheathselaput berkasBiologiHistologi dan SitologiSelaput yang terdiri daripada tisu parenkima atau sklerenkima yang biasanya setebal satu sel, dan mengelilingi berkas vaskular daun angiosperma. Sel yang membentuk selaput ini tersusun kejap dan berfungsi sebagai penyalur air dan larutan daripada berkas vaskular ke tisu di sekitarnya. Selaput ini mungkin mengandungi kloroplas dan pada rumput tropika, dipercayai berkait rapat dengan proses penyimpanan kanji.
intravenous solutionlarutan intravenaPerubatanTiadaCecair kristaloid atau koloid yang digunakan untuk infusi intravena. Kristaloid merupakan larutan garam galian dan/atau glukosa pada sukatan tertentu yang disediakan dalam bentuk komersial. Koloid merupakan cecair yang mengandungi endapan seperti plasma darah, sel darah merah kejap, kriopresipitat dan sediaan komersial tertentu. Larutan ini digunakan terhadap pesakit yang memerlukan rawatan infusi intravena yang disebabkan oleh pelbagai masalah. Sinonim cecair intravena.
12

Kembali ke atas