Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kelip, kedip (mata); ~ mata kelip mata; 2. = sekejap sebentar, seketika: ~ lagi baliklah dia; tunggu ~ nanti sebentar; berkejap-kejap berkelip-kelip, berkedip­kedip (bkn mata dll); mengejapkan mengelipkan, mengedipkan (mata): ia merenung tajam, matanya tidak sedikit pun dikejapkannya; terkejap-kejap terkelip-kelip, terkedip-kedip (bkn mata dll): kelihatan api pelita ~ di serambi rumah; kejapan gerakan mengejapkan (mata). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kejap I


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sikutan TbBakul berbentuk bulat, bermulut bujur, berbingkai kejap dengan ikatan rotan beraut halus, anyaman simpai sembilan, keempat-empat bucu bawahnya pula terhias dengan suji rotan beraut bulat yang terikat pada bilah-bilah penahan dengan ikatan tulang belut.“Kalau saya beli sikutan itu tentu Intang mahu jual, bukan?”SikutanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
cekolok, *cokolok* MSrekspresi latah.Eh cekolok! Serentak dengan itu satu hanyunan yang kejap dan padu mengena rusuk Min.Menganyam KedukaanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas