Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ja.ran] | کجرن

Definisi : perihal berkejar, gerakan mengejar, hambatan: lari dr ~ musuh; seorang puteri telah dirampas dan dibawa lari, satu ~ berlangsung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ja.ran] | کجرن

Definisi : gerakan utk mengejar; hal mengejar: Kerana ~ tentera Jepun terlalu pantas, mereka berpecah dan lari ke hutan Pahang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kejaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
berkejar-kejaran sama maksud dengan kejar-mengejar? terima kasih.Menurut Kamus Dewan edisi keempat, berkejar-kejaran bermaksud berlari bera­mai-ramai (banyak-banyak), berlari hambat­ menghambat (buru-memburu). Contoh ayat, Dua tiga ekor ayam berkejar-kejaran apabila Majid menaburkan padi. Menurut Kamus Pelajar, kejar-mengejar pula bermaksud berlari kerana hendak menangkap, menyerang dan lain-lain. Contoh ayat, Dalam drama kejar-mengejar itu, pihak polis telah berjaya menembak mati seorang penjenayah.
Lain-lain03.09.2021
Tuan, Ayat berikut adalah betul atau tidak: 1. Kedua-dua ekor kucing berkejar-kejaran di taman. 2. Kedua-dua kucing berkejar-kejaran di taman. Adalah betul atau salah jika penjodoh bilangan dibubuh selepas kedua-dua? Terima kasih.Penjodoh bilangan "ekor" boleh diletakkan selepas perkataan "Kedua-dua".Tatabahasa13.10.2016
Salam sejahtera. 1. Adakah ayat berikut betul? i) Beberapa orang kanak-kanak dilihat masih saling berkejar-kejaran di tengah padang walaupun hari sudah senja. ii) Para pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menambahkan pengetahuan mereka dengan membaca pelbagai jenis bahan bacaan. 2. Yang berikut manakah yang lebih tepat, "pelbagai jenis bahan bacaan" atau "berbagai-bagai jenis bahan bacaan"? 3. Adakah perkataan "saling" sudah membawa maksud bersama-sama, jadi kata kerja seterusnya tidak boleh diakhiri dengan imbuhan apitan ber-an? (seperti: saling berkejar-kejaran dan saling berkejaran) Terima kasih.1. Beberapa orang kanak-kanak dilihat masih saling berkejar-kejaran di tengah padang walaupun hari sudah senja. Salah - ayat yang betul: Beberapa orang kanak-kanak dilihat masih saling berkejaran di tengah padang walaupun hari sudah senja atau Beberapa orang kanak-kanak dilihat masih berkejar-kejaran di tengah padang walaupun hari sudah senja.

2. Para pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menambahkan pengetahuan mereka dengan membaca pelbagai jenis bahan bacaan. Salah - ayat yang betul: Para pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menambahkan pengetahuan mereka dengan membaca pelbagai bahan bacaan.

3. Pelbagai bahan bacaan atau berbagai-bagai bahan bacaan.

4. Rujuk jawapan nombor 1 dan 2 dan PRPM untuk mendapatkan makna kata.
Tatabahasa31.08.2022
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah terjemahan yang betul untuk "runner" dalam konteks seseorang yang diupah untuk berkejar-kejaran dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain untuk menghantar/mengambil dokumen, wakil membuat permohonan sesuatu perkara, membeli barang dll. Contoh istilah bahasa Inggeris ialah "JPJ runner". Terima kasih.Kami mencadangkan perkataan “utusan” atau “wakil” sebagai padanan bahasa Melayu untuk “runner” dalam konteks maksud yang diberikan.Istilah14.11.2018

Kembali ke atas