Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.je.li.ta.an] | کجليتاءن

Definisi : perihal jelita, kecantikan: dia terpesona dgn ~ gadis kampung itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.je.li.ta.an] | کجليتاءن

Definisi : keadaan jelita; kecantikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kejelitaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Beliau menanyai / menanya / menanyakan sebab Qu Yuan tidak mengisahkan kejelitaan bunga laurel dalam syairnya." Apakah kata kerja yang sesuai bagi ayat di atas? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Beliau menanyakan sebab Qu Yuan tidak mengisahkan kejelitaan bunga laurel dalam syairnya."Tatabahasa29.03.2007
Apakah jawapan yang sesuai? Saya terpikat............kejelitaan wajah pelakon muda itu. pada,akan,oleh,dengan,kepada

Untuk makluman sdr Ahmad perkhidmatan KNDBP tidak merangkumi pertandingan teka silang kata atau apa-apa pertandingan, tugasan pelajar, dan sebagainya.  Bagi menjawab soalan sdr ini,  kesemua jawapan  yang diberikan seperti akan, pada, kepada, oleh, dengan  merupakan kata sendi nama yang mempunyai fungsi yang berbeza-beza mengikut konteks ayat (rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga tentang penggunaan kata sendi nama hlm 272 hingga 285).  Oleh yang demikian,  jawapan yang betul ialah akan.  Hal ini kerana, kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Kata adjektif kecantikan atau kejelitaan  dapat menimbulkan sifat suka atau asyik apabila seseorang itu melihat wajah pelakon tersebut. 

Tatabahasa23.02.2009
Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan persona/pesona Boleh terangkan secara ringkas maksud persona dan pesona (perbezaan dua perkataan ini) sekiranya untuk digunakan dalam iklan kecantikan contohnya "personakan kejelitaanmu" atau pesonakan kejelitaanmu" Maklum balas sangat dihargai terima kasih
Penggunaan yang betul ialah pesonakan kejelitaan. Pesona bermaksud  menjadikan seseorang berasa terpikat (tergoda, kagum dan lain-lain): Nyanyiannya telah mempesona para penonton. 

Tatabahasa19.04.2020
1. “Pemuda itu tertarik akan kecantikan kakak.”, “Pemuda itu tertarik dengan kecantikan kakak.” Ayat manakah yang betul? 2. “Bunyi itu begitu jelas sekali”, “Bunyi itu jelas sekali”. Ayat manakah yang betul?1. Bagi menjawab soalan tuan ini,  kesemua jawapan seperti akan, pada, kepada, oleh, dengan  merupakan kata sendi nama yang mempunyai fungsi yang berbeza-beza mengikut konteks ayat (rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga tentang penggunaan kata sendi nama hlm 272 hingga 285).  Oleh yang demikian,  jawapan yang betul ialah akan.  Hal ini kerana, kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Kata adjektif kecantikan atau kejelitaan  dapat menimbulkan sifat suka atau asyik apabila seseorang itu melihat wajah pelakon tersebut. 
2. Frasa "begitu jelas sekali" betul, dua unsur penguat boleh juga hadir berderetan sebelum kata adjektif, contohnya: sungguh amat indah dan terlalu amat pedih.
Tatabahasa27.02.2015

Kembali ke atas