Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keji;

Peribahasa

Umpama anjing makan muntahnya.

Bermaksud :

Orang yang tamak dan gelojoh tidak memilih (keji atau terlarang) apa yang akan diperbuatnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Kata tua kata bersendi, Sendinya Quran berserta sunah; Hina bangsa kerana keji, Keji berkawan gila memerintah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang beradat berhati tabah, Kepada Allah selalu tawakal; Membuang adat keji bertambah, Kerja menyalah laku pun bebal.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bagaimana kayu tidakkan mati, Bila dicabut sehingga patah; Bagaimana laku tidakkan keji, Bila menurutkan nafsu serakah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Siapa suka mendekati api, Lama-lama tentu terbakar; Siapa suka berbuat keji, Nama hina hidup terlantar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Padang lalang rumputnya tinggi, Siapa melapah tentunya miang; Orang peradang mulutnya keji, Suka berbantah memalukan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila ke hulu berjual padi, Ke hilir pula berjual pisang; Apabila selalu berbual keji, Akhirnya kepala dipenggal orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tegak adat rakyat bahagia, Pemimpin terpuji muka belakang; Rosak adat rakyat teraniaya, Pemimpin keji bala pun datang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau selalu menebas ladang, Tentulah padi di tanam subur; Kalau terlalu menindas orang, Tentulah keji di dalam kubur.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila menjala udang, Lama-lama ada rezeki; Apabila suka meradang, Ke mana saja kena keji.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila musang sudah merayau, Banyaklah ayam kan jadi korban; Apabila orang suka meracau, Akhlaknya karam keji kelakuan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas