Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ji.ra.nan] | کجيرنن

Definisi : yg berhubungan dgn jiran atau hidup sbg jiran: pertalian sejarah dan ~ adalah amat penting dan perlu diambil kira dlm sebarang usaha promosi dlm ASEAN; jalinan ~ antara keluarga di kawasan setinggan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jiran (kata nama)
Bersinonim dengan tetangga, orang sebelah rumah;,
Kata Terbitan : berjiran, kejiranan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RUKUN TETANGGA

RUKUN TETANGGA, pertubuhan masyarakat bagi tujuan memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk di sesuatu kawasan perumahan atau kawasan kediaman.  Rukun Tetangga telah diperkenalkan secara rasmi pada 29 Ogos 1975 oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak.  Perkataan ‘Rukun Tetangga’ diambil daripada sebuah pertubuhan kejiranan keselamatan yang terdapat di Indonesia.  Rukun Tetangga dianjurkan oleh kerajaan Persekutuan dengan kerjasama kerajaan negari.  Rukun Tetangga ditadbirkan oleh Jabatan Perpaduan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri.  Mulai bulan Oktober 1990, Rukun Tetangga diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
UNDANG-UNDANG ADAT DI SABAHUNDANG-UNDANG ADAT DI SABAH, peraturan-peraturan yang diaplikasi kepada penduduk peribumi Sabah, yakni mereka yang diberi status ‘anak negeri’.  Peraturan ini berasal daripada adat atau amalan penduduk peribumi Sabah yang berkaitan dengan kepercayaan, kekeluargaan, pewarisan, kejiranan, hubungan seksual dan tatacara menimbangkan konflik.  Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa adat yang dipakai oleh pelbagai suku kaum yang terdapat di Sabah seperti suku kaum Dusun-Kadazan, Murut, Bajau, Melayu, Bugis, Orang Sungai dan lain-lain lagi boleh dikekalkan dan merupakan sebahagian daripada undang-undang negara sekiranya ia menepati syarat-syarat berikut.  Pertama, adat tersebut tidak boleh direka tetapi mempunyai sejarah turun-temurun.  Kedua, adat tersebut masih dihayati oleh suku kaum berkenaan.  Ketiga, adat itu mestilah diamalkan secara berterusan, yakni tidak pernah terputus daripada satu keturunan kepada satu keturunan, dan keempat, adat itu mestilah boleh dikuatkuasakan dalam erti kata bahawa ia jelas dari segi hukuman yang akan dikenakan terhadap pesalah.BUDAYAKonsep

Kembali ke atas