Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ké.ju] | کيجو

Definisi : (kéju) sj makanan yg dibuat drpd dadih susu; ~ krim keju lembut berwarna putih yg diperbuat drpd krim dan susu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ké.ju] | کيجو

Definisi : /kéju/ makanan yg dibuat drpd dadih susu yg dikeraskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keju


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEJU

Keju ialah makanan yang lazat dan berkhasiat

yang dibuat daripada susu. Selama beribu-ribu

tahun, keju menjadi satu daripada makanan utama

manusia di seluruh dunia. Keju boleh dimakan

begitu sahaja atau dimakan dengan biskut,

sandwic, salad, atau dimasak dengan makanan

lain.

UMUM 
KASEIN

Kasein ialah protein utama yang diperoleh

daripada susu. Ia ialah ramuan utama dalam keju.

UMUM 
TENUSU

Tenusu ialah satu cabang pertanian yang berkaitan

dengan pengeluaran susu, mentega, susu sejat,

aiskrim, keju, dan keluaran susu kering. Penjagaan

dan penternakan lembu tenusu juga termasuk dalam

cabang pertanian ini. Tenusu diusahakan di

kebanyakan negara. Denmark, Perancis, Itali, New

Zealand, dan Switzerland merupakan negara yang

terkenal dengan keluaran tenusu.

UMUM 
VEGETARIANISMEVegetarianisme merupakan suatu amalan diet yang menghindari daging seperti daging lembu, khinzir, ayam, dan ikan dan mungkin juga termasuk produk daripada haiwan tersebut seperti gelatin, susu dan hasilan tenusu (keju, mentega), telur, madu dan sebagainya.PEMAKANANProses/Tindak Balas
MAKANAN NYAHHIDRAT

Makanan nyahhidrat ialah makanan yang

telah diawet dengan cara pengeringan.

Menambah air kepada makanan demikian

menjadikannya sedia untuk dimakan atau dimasak.

Susu kering dan keluaran tenusu, sup, kopi, teh,

rempah-ratus, gelatin, campuran pencuci mulut,

dan makaroni dijual di kedai. Makanan nyahhidrat

lain yang biasa didapati termasuk yis, keju, dan

keluaran telur.

UMUM 
PROTEIN

Protein adalah satu daripada tiga kelas utama

makanan yang diperlukan oleh badan. Yang lain

adalah karbohidrat dan lemak. Protein wujud dalam

setiap sel dan diperlukan oleh hidupan tumbuhan

dan haiwan. Tumbuh-tumbuhan membina protein

daripada bahan dalam udara dan tanah. Manusia

dan haiwan memperoleh protein daripada makanan

yang dimakannya. Makanan yang tinggi kandungan

proteinnya termasuk keju, telur, ikan, daging dan

susu.

UMUM 

Kembali ke atas