Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.jua.ra.an] | کجواراءن

Definisi : 1. kehandalan (dlm sukan dll), keunggulan; 2. pertandingan utk menentukan johan, kejohanan: pasukan Selangor telah memenangi ~ bola sepak Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
juara (kata nama)
Bersinonim dengan johan, jaguh, pemenang, jago, campian;,
Kata Terbitan : menjuarai, kejuaraan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi Tuan/Puan, Saya ingin tanya apakah perbezaan kejuaraan pertandingan perlawanan Bolehkah tuan/puan menjelaskannya bersertakan contoh penggunaan? Terima kasih :)Pertandingan, perlawanan dan kejuaraan mempunyai maksud yang sama, iaitu perihal bertanding, perlumbaan, peraduan, kejohanan. Contoh ayat: 1. Pasukan Selangor telah memenangi kejuaraan/perlawanan bola sepak Malaysia. 2. Pemenang Pertandingan Teka Silang Kata telah diumumkan semalam.Tatabahasa13.08.2021
Salam. Ayat yang mana satu adalah betul. a. Apalah yang difikirkan oleh Ahmad itu. b. Diakah yang merangkul kejuaraan dalam pertandingan olahraga semalam?Ayat yang gramatis ialah:
a. Apatah yang difikirkan oleh Ahmad?
b. Diakah yang merangkul kejuaraan dalam pertandingan olahraga semalam?
Tatabahasa30.04.2013
Boleh beri komen berkenaan penggunaan perkataan TREBEL dalam laporan akhbar di negara kita, yang merujuk kepada kemenangan pasukan bola sepak Kelantan memenangi tiga kejuaraan dalam satu musim?Istilah "trebel" adalah betul dan boleh digunakan dalam konteks tersebut.Istilah01.11.2012

Kembali ke atas