Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ju.ru.la.ti.han] | کجورولاتيهن

Definisi : yg berkaitan dgn jurulatih dlm segala aspeknya: di manakah salahnya yg menyebabkan kekalahan ini ataupun sistem ~ yg menjadi puncanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kejurulatihan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud kejurulatihan?dalam bidang sukan.Menurut Kamus Dewan, jurulatih bermaksud orang yang melatih orang lain seperti ahli sukan dll supaya mahir. Kejurulatihan berkaitan dengan jurulatih dalam segala aspeknya. Contoh ayat : Di manakah salahnya yang menyebabkan kekalahan ini ataupun sistem kejurulatihan yang menjadi puncanya.Lain-lain25.07.2007
1.Apakah yang di maksudkan sistem pemantauan dalam kejurulatihan? 2. Kesan negatif dan positif sistem pemantauan dalam kejurulatihan(MENTORING SYSTEM)?Sistem pemantauan tersebut meliputi pengurusan, penyelarasan, pengawalan ,pelaporan keatas Jurulatih. Kesan positif ialah pelaksanaan nya dapat ditadbir dan diurus dengan baik dan prestasi mereka dapat di tingkatkan. Kesan negatif ketidakselesaan dipihak Jurulatih kerana setiap aktiviti nya sentiasa dipantau.Lain-lain22.08.2007
Assalamualaikum, minta bantuan Tuan. saya membuat kajian mengenai tajuk ini: 1. MANAGERIAL COACHING: betulkan dalam bahasa 'Pengerusan Kejurulatihan 2. MANAGER AS A COACH : dalam konteks pengurusan bolehkan saya menyatakan peranan pengurus sebagai PEMBIMBING, kerana saya rasa tidak sesuai untuk menyatakan peranan pengurus sebagai jurulatih.Dalam konteks ini,kami berpendapat perkataan PEMBIMBING sesuai digunakan.Istilah20.03.2016
Apakah aspek yang boleh kita sentuh untuk menjawab soalan bagaimana coaching and mentoring membantu memberi kesan yang baik kepada sesebuah organisasi. Baik seandainya pihak tuan dapat memberikan contoh-contoh sekali. Terima kasih.Padanan istilah bagi "coaching" dan "mentoring"  ialah kejurulatihan dan pementoran, iaitu suatu konsep pemantauan daripada pihak atasan/pengurusan terhadap pekerja bawahan dalam sesebuah organisasi. Sila rujuk buku-buku yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang istilah atau pun menghubungi badan kaunseling institusi berkaitan.Lain-lain25.03.2010
Saya ingin mengetahui istilah yang betul untuk "talent pool" dan "talent bench strenght" serta "coaching and mentoring"Kesemua istilah yang dikemukakan berkaitan pengurusan atau pentadbiran yang belum didaftarkan padanan nya dalam bahasa Melayu. Talent pool bermaksud pengurusan/program membangunkan kerjaya pekerja yang berpotensi. Berdasarkan istilah sumur /telaga minyak, saya cadangkan talent pool = sumur sumber manusia/sumur pekerja. Talent bench strenght = kekuatan tanda aras sumber manusia. Daripada istilah Coach = pembimbing, jurulatih, koc. mentor = mentor. Dicadangkan Coaching= bimbingan, kejurulatihan.Istilah30.07.2011

Kembali ke atas