Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ju.tan] | کجوتن

Definisi : sesuatu yg mengejutkan (meme­ranjatkan), kesan (akibat) yg menyebabkan orang terkejut (terperanjat): mengikut pandangan orang Eropah, Islam memberi ~ kpd mereka; sebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dgn mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda; ~ budaya akibat yg timbul apabila sesuatu kebudayaan atau anggota sesuatu kebudayaan secara tiba-tiba berhadapan dgn atau terdedah kpd unsur-unsur kebudayaan lain yg lebih tinggi tamadunnya (biasanya menimbulkan perasaan tersisih, tidak dapat menyesuaikan diri dsb pd anggota kebudayaan yg lebih rendah tamadunnya); ~ elektrik rasa sakit dan kontraksi otot secara tiba-tiba apabila terkena arus elektrik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ju.tan] | کجوتن

Definisi : sesuatu yg mengejutkan atau yg memeranjatkan; kesan atau akibat drpd terkejut: Mengikut pandangan orang Eropah, Islam memberikan ~ kpd mereka. Sebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dgn mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda. ~ budaya kejutan yg terjadi apabila seseorang dr sesuatu budaya secara tiba-tiba berhadapan dgn atau terdedah pd unsur-unsur kebudayaan lain, biasanya yg lebih tinggi tamadunnya, dan menimbulkan perasaan tersisih, tidak dpt menyesuaikan diri dsb dgn anggota kebudayaan lain. ~ elektrik pengaliran elektrik yg tiba-tiba dlm badan atau pd bahagian tertentu dlm badan yg menyebabkan rasa sakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kejutan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan di talian. Saya ingin bertanya manakah yang betul antara frasa "kejutan majlis hari jadi" atau "majlis kejutan hari jadi" . Harap pihak tuan dapat menjawabnya secepat mungkin. Sekian, terima kasih.Frasa yang betul ialah kejutan majlis hari jadi.Tatabahasa30.10.2013
Salam. Minta buat pengesahan bahasa untuk pengunaan iklan Bilboard. 'Penuh Kejutan Besar' bolehkah ia digunakan? Jika tidak apakah perkataan yang disarankan? Terima KasihFrasa ini kurang tepat kerana kejutan tidak ada saiz sama ada kecil atau besar, sila pinda kepada ungkapan yang lebih sesuai seperti "Penuh Kejutan". Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain07.05.2015
"Electrocute" diterjemahkan sebagai terkena kejutan atau renjatan elektrik. Bagaimana hendak menterjemah "Electrocute" dalam satu perkataan? Sebagai penterjemah rancangan televisyen ia terlalu panjang untuk diterjemah di kaca tv sebab huruf yang boleh dipaparkan adalah terhad. Contoh ayat ialah : She electrocuted her son to death.Bagi konteks ayat yang diberikan, padanan dalam bahasa Melayu ialah seperti yang berikut:

electrocute - renjatan elektrik

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain15.06.2021
Semalam, Ali terkejut dengar berita kematian ibunya.Dia masih berada dalam kejutan. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah “Ali terkejut mendengar berita kematian ibunya semalam. Dia masih berada dalam keadaan terkejut.”Tatabahasa07.05.2023
Assalamualikum dan salam sejahtera. Adakah unsur suspens dimuatkan dalam karya itu bersifat teknik penceritaan? Terima kasihUnsur suspens dalam sesebuah karya akan menarik minat pembaca untuk terus membaca. Unsur ini merupakan teknik penceritaan selain daripada unsur kejutan, dialog, monolog, konflik, imbas kembali dan sebagainya yang akan menggerakkan sesebuah karya.Tatabahasa25.07.2013
Terima kasih atas maklum balas. Namun ada sedikit tambahan kepada soalan saya tersebut, adakah unsur suspens dimuatkan dalam karya itu bersifat teknik penceritaan? Terima kasih.Unsur ketegangan dalam sesebuah karya akan menarik minat pembaca untuk terus membaca. Unsur ini merupakan teknik penceritaan selain daripada unsur kejutan, dialog, monolog, konflik, imbas kembali dan sebagainya yang akan menggerakkan sesebuah karya.Sastera23.07.2013
Konflik dalam cerita dikatakan termasuk di dalam teknik plot namun sesetengah pendapat mengatakan konflik hanya hadir dalam perkembangan plot. Sila perjelas tentang konsep plot dan teknik plot.

Konflik dalam cerita dikatakan termasuk di dalam teknik plot namun sesetengah pendapat mengatakan konflik Konflik hanya hadir dalam perkembangan plot. Sila perjelas tentang konsep plot dan teknik plot.

Secara umum, konflik ialah perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dll. Dalam cereka, konflik adalah salah satu unsur penting dalam menggerakkan plot, kerana harus dingat bahawa plot ialah jalinan cerita yang  berasaskan sebab dan akibat. Justeru, untuk menjalinkan sebuah cerita yang baik, pengarang mesti menciptakan konflik untuk mengembangkan plot ceritanya. Tanpa konflik tidak akan ada cerita dan tanpa konflik yang rencam, tidak mungkin sesebuah cerita itu dapat berkembang dan menarik. Sebagai contoh mudah, lihat sahaja dalam setiap drama (baca: drama juga ialah salah satu genre dalam sastera) bersiri di televisyen yang mengaplikasikan konflik untuk meneruskan cerita agar penonton terus mengikuti siri-siri cerita tersebut.

Manakala teknik plot pula ialah atau lebih tepat teknik penceritaan ialah elemen-elemen yang membantu pengarang dalam membina ceritanya. Teknik penceritaan ini ialah yang dapat menunjukkan kreativiti pengarang dalam mempelbagaikan gaya dalam menyamapaikan ceritanya. Antara teknik penceritaan ialah dialog, monolog, monolog dalaman, pemerian, imbas kembali, imbas muka dan sebagainya. Elemen-elemen ini teknk penceritaan ini juga menyebabkan konflik sessuatu cerita itu akan lebih menarik dan rencam.

Oleh itu, konflik adalah asas penting yang menggerakkan sesebuah cerita yang akan diikuti dengan suspens dan kejutan. Ketiga-tiga unsur itu (konflik, suspens dan kejutan) akan digunakan oleh pengarang (cerpen, novel dan drama)  untuk menggerakkan plot ceritanya dengan dibantu oleh teknik penceritaaan. Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

Lain-lain08.02.2010

Kembali ke atas