Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ju.tan] | کجوتن

Definisi : sesuatu yg mengejutkan (meme­ranjatkan), kesan (akibat) yg menyebabkan orang terkejut (terperanjat): mengikut pandangan orang Eropah, Islam memberi ~ kpd mereka; sebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dgn mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda; ~ budaya akibat yg timbul apabila sesuatu kebudayaan atau anggota sesuatu kebudayaan secara tiba-tiba berhadapan dgn atau terdedah kpd unsur-unsur kebudayaan lain yg lebih tinggi tamadunnya (biasanya menimbulkan perasaan tersisih, tidak dapat menyesuaikan diri dsb pd anggota kebudayaan yg lebih rendah tamadunnya); ~ elektrik rasa sakit dan kontraksi otot secara tiba-tiba apabila terkena arus elektrik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ju.tan] | کجوتن

Definisi : sesuatu yg mengejutkan atau yg memeranjatkan; kesan atau akibat drpd terkejut: Mengikut pandangan orang Eropah, Islam memberikan ~ kpd mereka. Sebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dgn mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda. ~ budaya kejutan yg terjadi apabila seseorang dr sesuatu budaya secara tiba-tiba berhadapan dgn atau terdedah pd unsur-unsur kebudayaan lain, biasanya yg lebih tinggi tamadunnya, dan menimbulkan perasaan tersisih, tidak dpt menyesuaikan diri dsb dgn anggota kebudayaan lain. ~ elektrik pengaliran elektrik yg tiba-tiba dlm badan atau pd bahagian tertentu dlm badan yg menyebabkan rasa sakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kejutan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shockkejutanTeknikElektrikRasa sakit, terkejut, tersentak akibat pengaliran arus elektrik ke dalam badan. Kadar kejutan ini bergantung pada voltan, arus, dan rintangan tubuh seseorang. Biasanya kadar arus 15 ampere sudah memadai untuk menyebabkan kejutan. Jika kadar ini ditambah ia boleh mengakibatkan lumpuh, kaku, luka, berhentinya perjalanan darah atau pernafasan dan seterusnya membawa maut. Voltan arus ulang-alik lebih berbahaya berbanding dengan voltan arus terus pada kadar voltan yang sama.
shock tubetiub kejutanKejuruteraanKejuruteraan KimiaAlat yang digunakan untuk menyediakan suhu yang tinggi bagi tindak balas kimia. Tiub ini dikendalikan dengan berdasarkan prinsip perambatan gelombang kejutan. Unit ini terdiri daripada bahagian bertekanan tinggi dan rendah yang dipisahkan oleh satu diafragma. Gelombang kejutan dihasilkan apabila diafragma dipecahkan.
thermal shockkejutan termaKejuruteraanTiadaKejutan sesuatu komponen akibat perubahan suhu mendadak.
reality shockkejutan realitiPentadbiranTiadaKejutan semasa permulaam masuk kerja bagi pekerja baharu yang mempunyai harapan tinggi terhadap kerjanya tetapi berhadapan dengan kerja yang membosankan dan tidak mencabar.
anaphylactic shockkejutan anafilaktikPerubatanTiadaKejutan yang disebabkan oleh reaksi alahan yang teruk terhadap antigen tertentu seperti bisa lebah, Penicillin dan kacang tanah. Keadaan ini berlaku secara tiba-tiba selepas terdedah kepada antigen berkenaan. Antara ciri-ciri klinikalnya ialah lemah, pengsan, hipotensi, sesak nafas dan urtikaria. Keadaan ini dirawat dengan pemberian cecair intravena, adrenalina, steroid dan antihistamina. Kelewatan pemberian rawatan boleh menyebabkan kematian.
ballistic shockkejutan balistikFizikAkustikKejutan yang terjadi apabila peluru atau objek berbentuk jarum bergerak dalam udara dengan kelajuan melebihi kelajuan bunyi dalam udara.
foreshockkejutan depanGeologiTiadaGegaran yang mendahului kejutan utama atau yang mendahului gempa bumi yang lebih besar.
electroshockrenjatan elektrik/kejutan elektrikPerubatanTiadaRenjatan atau kejutan yang dihasilkan apabila arus eletrik dikenakan pada otak.
electrocutionmati kejutan elektrikSosiologiTiadaMati yang disebabkan oleh kejutan elektrik.
shock fronthadapan kejutanFizikMekanikBahagian luar gelombang kejutan yang tekanannya bertambah dari sifar kepada nilai puncaknya. hadapan tekanan
12345678910...

Kembali ke atas