Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kék] | کيک

Definisi : (kék) sj kuih yg dibuat drpd adunan te­pung, mentega, gula, dll dan dibakar; ~ buah kek yg mengandungi campuran buah­buahan kering spt kismis, aprikot dsb; ~ keju kek yg diperbuat drpd keju krim, gula, telur dsb; ~ lapis kek yg terdiri drpd beberapa lapis yg berwarna-warni dan berempah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kék] | کيک

Definisi : alat menenun kain; ®akik II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kék] | کيک

Definisi : bp singkatan bagi kakek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kék] | کيک

Definisi : /kék/ kuih yg dibuat drpd adunan tepung, mentega, telur, gula dll dan dibakar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kek


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAIN SELERANG

KAIN SELERANG, kain sarung yang dihasilkan tanpa berkampuh. Kain ini ditenun menggunakan kek Melayu kecuali kain corak Pahang yang menggunakan kek siam. Kek siam digunakan kerana lebih cepat dan boleh menghasilkan dua hingga tiga helai sarung dalam sehari. Kain sarungnya juga lebih lebar dan panjang daripada kek Melayu.

BUDAYAKraf Tangan
SERBUK PENAIK

Serbuk penaik ialah serbuk putih yang

digunakan untuk menjadikan kek dan biskut naik .

Tukang masak menambahkannya kepada adunan

tepung sebelum membakarnya. Bahan kimia dalam

serbuk penaik bertindak balas dengan udara dan

cecair (biasanya air atau susu) untuk membentuk

gas karbon dioksida. Gelembung karbon dioksida

terperangkap dalam adunan tepung. Gelembung

ini mengembang apabila ia dipanaskan dan

menjadikan adunan naik.

UMUM 
OAT

Oat ialah tanaman bijirin yang penting. Peladang

menanam oat terutamanya sebagai makanan

haiwan ternakan, tetapi oat juga membekalkan

makanan yang berzat kepada manusia. Biji pokok

oat diproses dan digunakan dalam makanan

seperti makanan oat, kek oat, biskut, dan bijirin

sarapan yang sedia dimakan.

UMUM 
KAIN BUGIS

KAIN BUGIS, kain tenunan berasal dari Sulawesi. Kain bugis diperbuat daripada tenunan benang sutera atau benang kapas halus dengan menggunakan kek sadang belakang dan ditenun oleh kaum wanita Makasar dan Bugis sebagai punca pendapatan keluarga. Kain bugis telah menjadi industri kampung menggunakan kek lantai dan torak terbang. Oleh itu, kain bugis yang asli biasanya berkampuh dua manakala kain bugis masa kini tidak berkampuh.

BUDAYAKraf Tangan
PUAPUA, kain tenunan yang dihasilkan oleh suku kaum Iban di Sarawak. Pua ditenun dengan menggunakan kek sandang belakang yang disebut sebagai body tension loom atau back strap loo. Di kalangan kaum Iban, alat tenunan ini disebut sebagai tumpuh. Tumpuh ialah sejenis alat tenunan ringkas dan ringan. Penenunnya duduk di atas lantai dengan merenggangkan benang loseng pada penyandang atau strap di bahagian punggungnya.BUDAYAKonsep
TEPUNG

Tepung ialah makanan berserbuk yang dibuat

daripada bijian yang dikisar. Sebahagian besar

tepung dibuat daripada gandum dan digunakan

untuk membuat roti. Biji-bijian lain yang dikisar

menjadi tepung termasuk barli, jagung, sekoi, oat,

beras dan rai. Tepung ialah ramuan asas untuk

membuat biskut, kek, makaroni, dan penkek.

Roti ialah makanan yang paling meluas dimakan

di dunia, dan penduduk di banyak negara

memperoleh lebih daripada separuh khasiat

daripada makanan yang dibuat daripada tepung.

UMUM 
KAIN KARAT

KAIN KARAT, kain yang ditenun dengan ‘kek’ atau alat tenunan. ‘Karat’ dalam kelengkapan peralatan menenun ialah sejenis jentera dan kayu pemijak bagi mengangkat benang loseng dan menyilangkan benang pakan. ‘Mengarat’ bermakna mengangkat setiap lembar benang loseng bagi menghasilkan satu tenunan sama ada tenunan tabi atau twil.

BUDAYAKraf Tangan

Kembali ke atas