Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.kal] | ککل

Definisi : tetap ada berterusan (utk sepanjang masa), tidak hapus (luput, hilang, berubah, dsb), abadi: berusaha utk mewujudkan keamanan yg ~; kasih yg tidak ~; iman yg sempurna dan pekerti yg baik itulah yg ~, disebut orang selama-lamanya; dunia (alam) yg ~ akhirat; ~ abadi kekal utk selama-lamanya; ~ karar kekal serta aman tenteram; tidak ~ bunga dikarang prb perihal kekayaan (kemuliaan, kasih) yg tidak lama wujudnya; berkekalan sentiasa ada atau berterusan (tidak hapus, hilang, berubah, dsb utk sepan­jang masa atau lama sekali), berlanjutan (utk selama-lamanya): Quran kemudian ditulis dlm bentuk sebuah kitab yg ~ hingga hari ini; oleh sebab keadaan darurat berlanjutan, ~lah perintah berkurung yg dikenakan itu; berkekalkan sl = mengekalkan; mengekalkan menjadikan kekal, menjaga (memelihara, membiarkan) supaya berlan­jutan (tidak hilang-hilang atau berubah-ubah dsb): ~ keamanan di dunia; ~ peraturan yg ada sekarang; kekekalan perihal kekal, keadaan yg tetap (tidak luput, berubah, dsb) selama-lamanya; pengekalan perihal (usaha dsb) mengekal­kan, pemeliharaan (supaya berterusan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.kal] | ککل

Definisi : ada selama-lamanya; tidak berubah selama-lamanya; abadi: Hanya Allah saja yg ~. ~ abadi kekal utk selama-lamanya. ~ karar kekal dan tenteram. berkekalan tetap selama-lamanya; tidak hilang-hilang; tidak berubah-ubah keadaannya; tidak berkesudahan; berlanjutan: Baginda telah menamai tempat itu Melaka, dan ~lah nama itu hingga hari ini. mengekalkan menjaga (memelihara, mengusahakan) supaya kekal; menjadikan kekal: Apa ikhtiar kita utk ~ keamanan di negara kita ini? kekekalan keadaan atau hal kekal (tidak berubah-ubah) utk selama-lamanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kekal (adjektif)
Bersinonim dengan baqa, abadi, malar, tekal, tetap, selama-lamanya, lestari, diam, abid, tidak berubah-ubah, langsung, terus, langgeng;,
Kata Terbitan : berkekalan, mengekalkan, kekekalan,

Puisi
 

Rambut ikal gulung di dahi,
     Khabar pulang bersarung gigi;
Rasa tak kekal diam di sini,
     Akhir pulang ke tempat sendiri.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Embun di hujung rumput.

Bermaksud :

Tiada kekal.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
permanentadj 1. lasting a long time, kekal; (of address, job, etc) tetap; (of injury, illness) kekal, selama-lamanya, sampai mati, seumur hidup, sepanjang hayat: the Alamo in Texas gained itself a ~ place in American history, peperangan Alamo di Texas kekal dlm sejarah Amerika; I’ve just got a ~ job. Let’s celebrate!,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
impermanentadj tdk kekal: the ~ nature of some of today’s marriages, sifat tdk kekal setengah-setengah perkahwinan zaman ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
short-lived adj transitory, tdk kekal lama: their triumph was ~, kemenangan mereka tdk kekal lama.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
everlastingadj 1. (fml) lasting forever, kekal, abadi: ~ fame, kemasyhuran yg kekal; 2. (derog) incessant, tdk /habis-habis, sudah-sudah/: I’m tired of their ~ complaints, saya bosan dgn rungutan mereka yg tdk habis-habis itu; 3. (of flower) tahan lama.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
endurevi dapat bertahan; ( of fame etc ) kekal:some traditions ~ longer than others, sesetengah tradisi dapat bertahan lebih lama drpd tradisi-tradisi lain; fame that will ~ forever, kemasyhuran yg akan kekal selama-lamanya; as long as life ~s , selagi kehidupan ada;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
indissolubleadj (fml) 1. insoluble, tak terlarut: an ~ salt, garam yg tak terlarut; 2. permanent, lasting, kekal: the ~ bond of friendship between them, tali persahabatan yg kekal antara mereka; the bonds of marriage are ~, ikatan perkahwinan adalah kekal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stick 2 4. (colloq) remain in effect or become established, kekal; (of evidence) dapat disabitkan: one of the boys called him ‘Rufus’ and the name stuck, salah seorang budak itu memanggilnya ‘Rufus’ dan nama itu kekal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
freeholdern pemegang kekal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deathlessadj abadi, kekal: Beethoven’s ~ fame, emasyhuran Beethoven yg abadi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
second teethn gigi kekal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas