Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ka.la.han] | ککالهن

Definisi : perihal kalah, ketewasan (dlm peperangan, pertandingan, perdebatan, dll): pasukan itu mengalami ~ teruk dlm pertandingan olahraga baru-baru ini; ~ Jerman dan Jepun dlm Perang Dunia Kedua; ~nya dlm pilihan raya itu merupakan suatu pukulan yg hebat kpd parti tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ka.la.han] | ککالهن

Definisi : keadaan atau hal kalah: Tidak berapa lama kemudian, askar-askar itu telah menyerang sekali lagi utk menebus ~ mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kalah (adjektif)
1. Bersinonim dengan tewas: tumpas, kecundang, alah, gagal, patah, gugur rugi, hilang,
Berantonim dengan menang

2. Bersinonim dengan tidak lulus: gagal, kecundang,

3. Bersinonim dengan tidak setanding: tidak setaraf, tidak sebaik, tidak sebagus,

Kata Terbitan : mengalah, mengalahkan, kekalahan,

Peribahasa

Awak yang celaka,
     orang yang diumpat.

Bermaksud :

Dirinya sendiri yang bersalah (kerana kemalangan, kecelakaan, kekalahan dan sebagainya), orang lain pula yang disesalkan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
confusionkekeliruanSejarahTiadaPerihal keadaan yang tidak teratur, kucar-kacir atau huru-hara akibat kemusnahan negeri, kekalahan dalam perang dan perampasan kuasa seperti kekalahan tentera Carthaga dengan tentera Rom.
zero sum gamemainan campur-tolakSains PolitikHubungan AntarabangsaKeadaan apabila kekalahan sesuatu pihak merupakan kemenangan bagi pihak yang lain. Dalam politik antarabangsa, mainan ini tidak mempunyai ruang untuk memupuk kerjasama dalam kalangan aktor antarabangsa dalam jangka masa panjang. Contoh keadaan yang dapat disifatkan sebagai permainan ini ialah perlumbaan senjata antara negara.
ex-Nazibekas NaziSejarahTiadaOrang yang telah meninggalkan atau berhenti bergiat dalam kegiatan dan amalan fahaman Nazi, kebanyakannya di Jerman selepas kekalahan Hitler dalam Perang Dunia II.
g�tterd�mmerungg�tterd�mmerungKesusasteraanTiadaKarya sastera yang bertemakan keruntuhan dan kemusnahan dunia yang diiringi oleh keganasan yang menggugat ketamadunan manusia. Kekalahan tentera Austria dan rusia di Austerlitz yang dilukiskan oleh Tolstoy dalam karyanya War and Peace disebut g�tterd�mmerung. G�tterd�mmerung berasal daripada perkataan Jerman yang bermaksud �senja kala dewa-dewa�.
zero-sum gamemainan campur tolakSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan yang menggambarkan keuntungan kepada sesuatu pihak dan membawa kerugian kepada pihak lain. Keadaan ini hanya membenarkan seorang juara atau pemenang dan tidak boleh dikongsi bersama. Contohnya, perebutan takhta oleh dua orang putera raja. Kemenangan salah seorang membawa makna kekalahan kepada pihak yang satu lagi. Kedua-dua putera tidak boleh menjadi raja dalam satu masa. Sifat politik Malaysia dari perspektif perkauman sering menggambarkan mainan campur tolak apabila sesuatu kaum yang mendominasi sesuatu bidang akan membawa kepada usaha pengekalan status quo. Sinonim mainan zero-sum.
competitive party systemsistem parti sainganSains PolitikPolitik PerbandinganSistem parti yang membolehkan mana-mana parti yang bertanding dalam pilihan raya mencapai kemenangan. Saingan ini biasanya merujuk kepada sistem pilihan raya yang berasaskan pengundian bercorak peratusan berkadar. Dalam sistem ini, parti yang memenangi sesuatu pilihan raya berkemungkinan akan mengalami kekalahan dalam pilihan raya yang akan datang dan sebaliknya. Secara amnya, sistem parti yang wujud dalam sistem demokrasi diklasifikasikan sebagai sistem parti yang mempunyai saingan yang sengit. Contohnya, Jerman, Australia dan Perancis mengamalkan sistem parti saingan.
major partyparti utamaSains PolitikPolitik PerbandinganParti politik yang memiliki sokongan yang besar dan berjaya menguasai kerajaan setiap kali pilihan raya diadakan. Sokongan yang besar ini memudahkannya melaksanakan dasar menurut perancangan parti memandangkan ia mendominasi keputusan dewan serta dapat berkuasa dalam jangka masa yang panjang. Parti ini juga jarang mengalami kekalahan dalam pilihan raya, tetapi sekiranya tewas ia akan menjadi pembangkang yang sangat kuat dan menyukarkan pemerintahan parti lain. Contoh parti utama ialah Barisan Nasional (BN) di Malaysia dan Golkar di Indonesia.
civilsivilSains PolitikPolitik PerbandinganSifat masyarakat yang telah mencapai taraf budaya yang rasional, berpendidikan tinggi, tingkat ekonomi yang baik dan hubungan sosial yang berasaskan kepada nilai-nilai murni. Dalam konteks politik, istilah ini merujuk kepada hubungan politik yang berlandaskan akal dan bukannya emosi. Setiap pertelingkahan politik yang timbul diselesaikan secara rundingan, tawar-menawar dan permuafakatan. Persaingan politik diambil dalam pendekatan yang positif apabila kekalahan dalam persaingan diterima dengan fikiran yang terbuka. Dalam erti kata lain, sivil merujuk kepada masyarakat yang moden dan bertamadun dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
Nuremberg TribunalTribunal NurembergSains PolitikHubungan AntarabangsaTribunal yang terdiri daripada hakim Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Kesatuan Soviet dalam Perbicaraan Jenayah Perang pada tahun 1945�1946. Perbicaraan ini melibatkan 20 orang pegawai atasan Nazi atas kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan semasa kekuasaan Nazi di Eropah. Beberapa orang daripada pegawai ini telah dihukum mati oleh tribunal ini. Nuremberg telah menjadi satu contoh teladan dalam perbicaraan jenayah perang, dan beberapa perbicaraan lain telah dilaksanakan selepasnya seperti perbicaraan jenayah perang Tokyo selepas kekalahan Jepun, perbicaraan Eichmann (1961) dan tribunal jenayah perang Bosnia dan Rwanda.
Nazismfahaman NaziSains PolitikHubungan AntarabangsaDoktrin dan polisi Parti Pekerja Jerman Sosialis Nasional yang memerintah Jerman di bawah pimpinan Adolf Hitler pada tahun 1933 hingga 1945. Anggota parti ini dikenali dengan nama singkatan Nazi. Menurut dogma Nazi, manusia boleh diklasifikasikan secara saintifik kepada kaum yang superior dan inferior. Kaum yang teratas sekali ialah Nordik atau Jerman, iaitu jenis kaum Aryan, manakala kulit hitam dan Yahudi ialah kaum yang paling rendah martabatnya. Golongan Nazi telah menuduh orang Yahudi menghalang pembentukan bangsa tuan dalam kalangan kaum Aryan. Mereka menuduh orang Yahudi Jerman telah berpaling tadah terhadap Jerman semasa Perang Dunia Pertama. Semasa Perang Dunia Kedua, golongan Nazi telah memaksa dogma dan sistem mereka ke atas Eropah. Berjuta-juta orang Yahudi, Rusia dan Poland telah dibunuh dan dijadikan buruh paksaan. Walau bagaimanapun, kekalahan dan kejatuhan tentera Jerman dalam Perang Dunia Kedua telah menyelamatkan Eropah daripada kekejaman Nazi dan fahaman Nazi telah diharamkan di negara Jerman pada masa tersebut.
12

Kembali ke atas