Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.kang] | ککڠ

Definisi : 1. besi bergerigi yg di­kenakan pd mulut kuda (utk mengendalikan­nya), kendali; 2. = tali ~ tali drpd kulit dll utk mengendalikan kuda; 3. ki sesuatu (spt undang­-undang dll) yg digunakan utk mencegah keburukan (kejahatan dll), larangan: terdapat ~ yg akan menimpa perkembangan bahasa; ~ yg mengikat mereka sudah tidak ada lagi; mengekang 1. menarik tali kekang (utk mem­berhentikan kuda); 2. ki menyekat, menahan atau mencegah (hawa nafsu, kejahatan, dll), melarang, memberangus (surat khabar): seakan-akan ada sesuatu kekuasaan yg ~ kebebasannya; ~ hawa nafsu; ~ kemerdekaan akhbar; terkekang dihentikan (kuda yg berlari), ter­kendali, tertahan, tercegah (kejahatan, hawa nafsu, dll); pengekangan perihal atau perbuatan mengekang (hawa nafsu dll); kang II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.kang] | ککڠ

Definisi : , 1 = kekangan besi bergerigi yg dipasang pd mulut kuda utk mengendalikannya. 2 = tali ~ tali utk mengendalikan kuda. mengekang 1 menarik tali kekang utk memberhentikan kuda: Kuda yg ketakutan itu tidak dpt dikekang lagi. 2 ki menyekat supaya tidak berlaku sesuatu; menahan; mencegah: Kerajaan hendaklah mengadakan undang-undang utk ~ harga barang-barang supaya tidak naik. kekangan 1 kekang. 2 ki paksaan (sekatan, batasan) yg dikenakan kpd seseorang dll; kendala. 3 ki kawalan perasaan (spt nafsu, keinginan). pengekangan perbuatan atau hal mengekang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kekang
Kata Terbitan : mengekang, terkekang, kekangan, pengekangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
constrainkekangMekanikGunaanMembataskan gerakan, iaitu menetapkan sesuatu jasad pada kedudukan tertentu ataupun pada laluan gerakan yang tertentu. Perbuatan mengekang ini menghalang semua ragam gerakan kecuali yang menjadi objek pengekangan itu. Dalam beberapa kes, kekang memberi kesan penghalangan gerakan sepenuhnya. Perhatikan bahawa makna ‘kekang’ berbeza dengan’halang’ yang bermaksud ‘membenarkan semua ragam gerakan kecuali yang menjadi objek penghalangan itu’ Lihat juga gerakan terkekang, gerakan tak terkekang, halang.
bowline cringlemata tali kekang tindih kasihPelayaranTiadaBulatan atau gelung yang dihasilkan dari tali kekang untuk memasukkan tali utama.
bridletali kekangKejuruteraanTiadaTiada
bridletali kekangPerikananTiadaTiada
bridletali kekangPerhutananTiadaTiada
bridletali kekangPelayaranTiadaTali yang kedua-dua hujungnya diikat pada benda yang akan ditarik.
bridletali kekang; bridelPerubatanTiadaLigamen yang membentuk lekatan tak normal.
bridletali kekang;pita bridelKesenianTiada1. Pita bridel: Sejalur pita prakecut yang dijahit pada sebelah belakang takat liku kolar untuk mengukuhkan kedudukannya.
thermal arrestkekang termaKejuruteraanTiadaZon pada lengkung penyejukan yang menunjukkan tiada perubahan suhu sewaktu pemejalan logam lebur.
bridletali kekangKejuruteraanPetroleumSinonim : kabel penggantung Kabel pada unit pengepaman yang bergantung pada kepala kuda dan dihubungkan ke batang pembawa bagi menyokong pengapit rod tergilap pada sistem pengepaman rod penyedut. Bersama-sama dengan kepada kuda, kabel ini disusun atau diatur sedemikian rupa supaya ketika penarikan ke atas rentetan rod penyedut tetap berada pada keadaan menegak sehingga tidak ada momen lentur yang akan bertindak pada bahagian rentetan yang berada di sebelah atas kotak asakan. Rujuk : kepala kuda.
123

Kembali ke atas