flow balance equation | persamaan seimbang aliran | Pentadbiran | Tiada | Kekangan-kekangan asasi Pemprograman Linear bagi rangkaian yang memastikan setiap nod aliran pada lengkok-lengkok yang masuk tolak aliran pada lengkok-lengkok yang keluar mestilah sama dengan penawaran nod tersebut. |
closed pair | pasangan tertutup | Fizik | Mekanik | Sepasang jasad yang dikenakan pada kekangan-kekangan yang menghalang sebarang gerakan relatif di antara jasad-jasad tersebut. |
proper constraint | kekangan wajar | Mekanik | Gunaan | Sistem kekangan yang melibatkan bilangan kekangan yang memadai untuk menyebabkan keseimbangan sepenuhnya, dan disusun juga sedemikian rupa supaya keseimbangan penuh diperoleh. Ia juga dinamai kekangan mencukupi. |
integral constraint | kekangan kamiran; kekangan integer | Matematik | Tiada | Tiada |
redundant constraint | kekangan lewah | Kejuruteraan | Tiada | Kekangan yang melebihi apa yang diperlukan untuk keseimbangan, misalnya kekangan keempat pada struktur 2-p yang telah disokong secara wajar oleh tiga kekangan perlu dan memadai. |
improper constraint | kekangan tak wajar | Mekanik | Gunaan | Sistem kekangan yang tidak dapat mewujudkan keseimbangan yang sepenuhnya walaupun bilangan pengekang memadai. Keseimbangan penuh tidak wujud kerana kekangan tidak ditempatkan dengan wajar (biasanya secara sengaja untuk membenarkan gerkan pada arah tertentu). Ia juga dinamai kekangan separa. |
adequacy of constraint | kecukupan kekangan | Mekanik | Gunaan | Nilai tara untuk menentukan sama ada kekangan yang bertindak pada jasad akan mewujudkan keseimbangan sepenuhnya. Nilai tara ini merujuk pada bilangan kekangan yang terlibat dan juga cara kekangan disusun nisbi terhadap kecenderungan gerakan jasad. |
partial constraint | kekangan separa | Kejuruteraan | Tiada | Sistem kekangan yang tidak dapat mewujudkan keseimbangan yang sepenuhnya walaupun bilangan pengekang memadai disebabkan ditempatkan dengan cara yang tak wajar. Sinonim: kekangan tak wajar. |
constraint | kekangan | Matematik | Tiada | Syarat yang menyekatkan penyelesaian kepada sesuatu masalah. Dalam pengaturcaraan linear, masalah menentukan nilai optimum bagi 3x + 5y di bawah kekangan x ≥ 0, y ≥ 0, 2x - y ≥ 1, dan x + y ≤ 5 bererti penyelesaian harus dicari bagi x dan y yang memenuhi kekangan yang dinyatakan. |
system constraint | kekangan sistem | Pentadbiran | Tiada | Kekangan dalam model pemprograman matlamat yang mana sisihan positif dan negatif tidak dibenarkan. |