Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.kar] | ککر

Definisi : 1. kembang, mekar (bunga); 2. ber­cerai-cerai, berserak-serak, berpecah-pecah (tidak berlonggok atau berkumpul); mengekar mekar, berkembang (bunga): bunga sedang ~; mengekarkan memecahkan atau mencerai­kan (supaya tidak terkumpul lagi), menye­lerakkan: nasi yg berketul-ketul itu dikekarkannya dgn garpu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.kar] | ککر

Definisi : Jk 1. padat dan rapi (bkn anyaman, tenunan); 2. tegap dan kuat (bkn tubuh). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kekar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan kembang: mekar, mulur, terbuka,
Berantonim dengan kuncup

2. Bersinonim dengan berserak-serak: bercerai-cerai, berpecah-pecah, tidak berlonggok, tidak berkumpul-kumpul,

Kata Terbitan : mengekar,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flat jointsendi datar; kekar rataGeologiTiadaKekar rata: Kekar pada batuan igneus yang mencondong pada sudut 45 o atau kurang.
joint setset bercantum; set kekarGeologiTiadaSet kekar: Sekumpulan kekar yang lebih kurang selari.
ladder lodelod tanggaGeologiTiadaSatu daripada suatu siri mendapan mineral di dalam retakan-retakan melintang dan selari yang terbentuk di sepanjang satah-satah foliasi yang serenjang dengan daik sewaktu penyejukannya, atau di sepanjang kekar-kekar kecutan pada batuan basalt atau daik.
joint systemsistem kekar; sistem bercantumGeologiTiadaSistem kekar: Dua set kekar atau lebih yang bersilang.
bed jointkekar lapisanGeologiTiadaKekar pada batuan endapan yang selari dengan satah pelapisan; kekar yang mengikut satah pelapisan.
diagonal jointkekar pepenjuruGeologiTiada1. Kekar yang condong ke arah jurus ira.,2. Kekar pada batuan igenus yang terdapat pada 45o ke arah garis alir dan terjadi disebabkan ricihan.
feather jointkekar buluGeologiTiadaSatu daripada siri kekar yang mencabang pada suatu sudut dari sesar atau kekar yang lebih besar.
transverse jointkekar melintangGeologiTiadaKekar yang serenjang dengan lineasi utama batuan.
shear jointkekar ricihGeologiTiadaKekar yang terbentuk sebagai retakan ricih.
tension jointkekar teganganGeologiTiadaKekar yang berupa retakan tegangan.
12345678

Kembali ke atas