Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ka.yu.han] | ککايوهن

Definisi : perahu yg dikayuh; bidar ~ sj sampan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekayuhan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kekayuhanperahu yg dikayuh; bidar ~ sj sampan;Kamus Dewan Edisi Keempat
bidar kekayuhansj sampan;Kamus Dewan Edisi Keempat
bidang IIsl sj perahu perang: maka segala lancang kenaikan baginda pelang peraduan, jong pebujangan, ~ kekayuhan serta jong penanggahan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kayuh I; berkayuh, mengayuh 1. menggerakkan (menjalankan) perahu dsb dgn pengayuh: ia ~ dan mengumpil dan memakai kolek sahaja; pagi-pagi lagi Si Tenggang telah ~ perahunya pergi ke sebuah pulau; 2. menjalankan basikal atau beca (dgn memijak dan memusingkan kayuhnya): cepat-cepat ia ~ basikalnya; ~ sambil bertimba (ke hilir) prb dapat menyelesaikan dua tiga pekerjaan serentak; (malu bertanya sesat jalan), malu ~ perahu hanyut prb kalau tidak berusaha, tentulah susah dan kalau segan bertanya, akan mem­buat kesilapan; berkayuh-kayuhan berkayuh-kayuh ke sana ke mari (utk bermain-main sahaja); mengayuhkan 1. menjalankan perahu (dgn menggunakan pengayuh), menjalankan pe­rahu (menuju, menghala ke): anak-anak perahu ~ perahunya mengikut perintah Musa; Wan Omar memerintahkan supaya perahu itu cepat dikayuhkan ke tepi pantai; 2. menjalankan basikal atau beca (dgn memijak dan memusingkan kayuhnya): Ramlan ~ becanya membawa dua orang anak; terkayuhkan dapat dikayuh, berdaya me­ngayuh; tidak ~ lagi biduk hilir prb tidak berdaya lagi, lemah benar; kayuhan gerakan (hasil atau perbuatan) mengayuh: jika boleh, dia ingin mengayuh sepantas ~ Rosman Alwi; kekayuhan perahu yg dikayuh; bidar ~ sj sampan; pengayuh 1. = kayuh alat utk mengayuh (perahu dsb) yg berdaun satu, dayung; 2. = kayuh alat utk menggerakkan basikal atau beca, rakap, pedal, injak-injak; 3. orang yg mengayuh: dr jauh datang sebuah beca dgn ~nya yg lesu; apa digaduhkan, ~ sama di tangan, perahu sama di air prb a) jika kedua-dua sama hajat­nya, haruslah diperjuangkan terus supaya tentu siapa yg mendapat; b) janganlah gentar melawan orang yg setara dgn kita kerana nasib kita di tangan Allah; engkau belum mencapai ~, aku telah sampai ke seberang prb orang yg bijaksana dapat segera menge­tahui maksudnya atau dalam dangkal penge­tahuannya drpd cakap atau gerak-geri seseorang.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas