Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ke.ja.man] | ککجمن

Definisi : perihal (perbuatan, sifat) kejam, kebengisan, keganasan, kezaliman: lebih baik mati di medan perjuangan drpd hidup menderita ~ musuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ke.ja.man] | ککجمن

Definisi : perbuatan atau keadaan kejam; kezaliman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENGGUNAAN KEKERASANTindakan ketenteraan terhadap sesebuah negara untuk membela rakyat negara tersebut daripada kekejaman pemerintahnya.UNDANG-UNDANGKonsep
MARAT, JEAN PAUL

Marat, Jean Paul (1743–1793) ialah pemimpin

radikal Revolusi Perancis. Dia menambahkan

kekejaman revolusi tersebut dengan mendesak

supaya penentang revolusi dibunuh.

UMUM 
LIDICE

Lidice, nama sebuah kampung di Czechoslovakia

yang dimusnahkan oleh tentera Jerman dalam

tindakan membalas dendam semasa Perang Dunia

II. Lidice menjadi lambang kekejaman Nazi.

UMUM 
KIAI SALLEH

Kiai Salleh (1916–1956) ialah nasionalis Melayu

yang menentang Malayan Peoples Anti-Japanese

Army (MPAJA) yang melakukan kekejaman ke

atas orang Melayu yang dikatakan pro-Jepun.

Kiai Salleh menubuhkan pasukan tentera yang

dikenali sebagai Tentera Selendang Merah untuk

melancarkan penentangan tersebut.

UMUM 
ALBEE, EDWARD

Albee, Edward (1928– ) ialah penulis drama

yang menggunakan pelbagai gaya dengan meluas,

daripada kenyataan kepada fantasi. Albee

mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui

drama Who’s Afraid of Virginia Woolf? (1962).

Drama realistik ini berkisar tentang penelitian

perjuangan kuasa dan gabungan kekejaman dan

percintaan dalam perkahwinan.

UMUM 
BIERCE, AMBROSE GWINETT

Bierce, Ambrose Gwinett (1842–1914?) ialah

penulis dan wartawan Amerika. Dia terkenal

dengan cerita perang yang realistik di samping

cerita-cerita ngeri dan alam ghaib. Dia mempunyai

gaya penulisan yang ringkas dan tepat. Watak-watak

dalam ceritanya didorong oleh naluri yang

paling rendah. Banyak wataknya bertindak seperti

haiwan dengan sedikit hati nurani. Cerita-ceritanya

ini menunjukkan betapa tertariknya Bierce

terhadap kekejaman dan kematian.

UMUM 
MANSUR SAMIN

MANSUR SAMIN (1930 -      ), wartawan dan penulis Indonesia. Dia lahir pada 29 April 1930 di Batangtoru, Tapanuli Selatan, Indonesia. Mansur Samin lulus Verfolkschool (SD) pada tahun 1942. Pelajarannya terhenti apabila Jepun menduduki Indonesia. Pada masa Jepun itulah Mansur Samin menyaksikan kekejaman Jepun terhadap bangsanya. Semua pengalaman pahit itu mempengaruhi hidupnya. Sewaktu tentera Jepun menyerah kalah, Mansur Samin memasuki perbarisan pemuda yang dinamakan Pelopor dan turut merebut senjata daripada tentera Jepun. Dari tahun 1948 hingga tahun 1949, Mansur Samin memasuki Gerila Sabilillah, Tapanuli Selatan. Dia turut bertempur di Front Angkola Joe, Sipirok dan Padang Bolak.

SASTERATokoh
RSPCA

RSPCA ialah persatuan perlindungan haiwan yang

tertua di dunia. Ia menjalankan usaha menggalakkan

perasaan kasih sayang dan menghalang kekejaman

terhadap haiwan.

UMUMUmum

Kembali ke atas