Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ké.ké/] | کيکيق

Definisi : (kékék); terkekek-kekek tertawa nyaring, terkekeh-kekeh; mengekek, mengekek-ngekek ketawa ter­kekek-kekek, menggelekek; kekekan bunyi gelak ketawa yg berlebihan: terdengar ~ ketawanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ké.ké/] | کيکيق

Definisi : (kékék); burung ~ 1. sj burung, peka­ka, raja udang, Halycyon chloris; 2. sj burung, burung gatal birah, burung kelengking, Anthracoceros malayanus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ké.ké/] | کيکيق

Definisi : (kékék) sj ikan laut, Leiognathus spp.; ~ gedabang sj ikan laut Leiognathus equulus; ~ jalur a) sj ikan laut, Leiognathus daura; b) sj ikan laut, Secutor insidiator; c) = ~ jara sj ikan laut, Leiognathus daura; ~ labu a) sj ikan laut, Gazza minuta; b) sj ikan laut, Leiognathus splendens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ké.ké/] | کيکيق

Definisi : /kékék/; terkekek-kekek tertawa dgn suara yg nyaring; menggelekek. mengekek tertawa dgn terkekek-kekek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ké.ké/] | کيکيق

Definisi : /kékék/ nama sj ikan laut, Leiognathus splendens. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekek

Puisi
 

Zaman emak mudik ke hulu,
     Ikan kekek makanan biawak;
Zaman emak menjahit baju,
     Lekat sikit bawah ketiak.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
IKAN KEKEK

IKAN KEKEK, lagu kanak-kanak. Lagu ini biasanya dinyanyikan oleh kanak-kanak dengan iringan tepukan mengikut rentak lagu.

BUDAYAKarya
WAU

WAU, alat permainan yang boleh diterbangkan ke udara dengan menggunakan tali.  Wau diperbuat daripada kertas atau gentian kain dan buluh.  Bentuknya adalah berkepala, bersayap, berekor dan bertali teraju.  Wau terdapat dalam pelbagai bentuk dan nama. Antaranya termasuklah wau bulan, wau kekek, wau tukong, wau daun, wau kucing, wau merak, wau payang dan wau sewah.  Wau bulan merupakan wau yang paling terkenal dan disukai ramai. Di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor, ia lebih dikenali dengan nama layang-layang. Wau yang dimainkan di setiap negeri adalah berbeza, seperti wau helang di Perlis, wau kapal di Selangor, wau pungguk di Terengganu, wau kekek di Johor dan Sabah, wau bawal di Melaka, wau daun atau wau barat di Kelantan, wau bugis di Johor dan wau merak di Negeri Sembilan.

BUDAYAPermainan/Sukan/Rekreasi
BAJU KEDAH

Baju Kedah ialah baju wanita yang sederhana longgar, leher baju seperti kurung moden, labuhnya paras punggung, dan berlengan hingga bawah paras siku. Potongan baju ini ringkas dan lurus tanpa pesak atau kekek. Baju ini dipopularkan di Kedah sejak tahun 1940-an.

KESENIANArtifak/Mentifak

Kembali ke atas