Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ke.li.ruan] | ککليروان

Definisi : kesalahan (pd membuat ang­gapan atau kesimpulan), kekhilafan, kekusut­an: penjelasannya telah menghilangkan ~ mengenai rancangan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ke.li.ruan] | ککليروان

Definisi : keadaan keliru; kesilapan; kesalahan: ~ timbul kerana pegawai itu sendiri tidak memahami perkara yg sebenarnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keliru (adjektif)
Bersinonim dengan silap, khilaf, celaru, sesat, kacau;,
Kata Terbitan : mengelirukan, terkeliru, kekeliruan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kekeliruan tenang penggunaan perkataan berimbuhan diper.. Dipersendakan orang @ dipersendai orangDipersendakan orangLain-lain14.05.2019
Kekeliruan tentang penggunaan 'kau' (Kata Nama Diri Kedua) dan Kata Kerja dalam ayat misalnya (a) kau balas surat ini. (b) kaubalas surat ini. Antara dua ayat (a) dan (b) manakan yang betul? jika sekiranya 'kau' dan kata kerja bercantum bagaimana dengan contoh 'kauubah' atau 'kau ubah'?...minta penjelasan dengan memberikan contoh yang sesuai.

Kata ganti nama ku dan kau ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya; ku, mu, dan nya ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya. Cara penulisan yang betul bagi pertanyaan puan ialah kaubalas dan kauubah. Sila rujuk Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu.

Tatabahasa04.11.2014
kekeliruan tentang penggunaan kata kerja transitif. Perbezaan penggunaan imbuhan awalan dan akhiran -memper.....kan, memper......i dan memper...... .Contoh perkataan mempercepatkan , mempercepatKata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya; contohnya, menendang bola, memukul gendang, menghulurkan tali, membuka pintu, membaca buku.

Apitan memper-...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya: memperisterikan, memperbudakkan, mempersendakan, memperdengarkan, memperlihatkan, mempertunjukkan. Manakala untuk kata adjektif hanya memper-... digunakan. 

Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa. Apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak, seperti`memperingati`, `memperkawani`, `memperisteri`dan `mempersuami`.
Tatabahasa17.07.2013
Kekeliruan antara Kedai Menjual Burung Chan, Kedai Burung Chan, Kedai Chan Menjual Burung atau Kedai Burung milik Chan. Yang mana satukah betul?Yang betul ialah KEDAI BURUNG CHANTatabahasa16.01.2013
kekeliruan penggunakan kata nafi (bukan/tidak) 1. Dia bukan cantik tetapi pandai bergaya. 2. Dia tidak cantik tapi pandai bergaya. Manakah yang tepat. T. kasih.Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, contohnya seperti dalam ayat yang diberikan: 1. Dia bukan cantik tetapi pandai bergaya. Tatabahasa22.06.2011
kekeliruan tentang surat rasmi kerajaan. Adakah tarikh dan bilangan rujukan perlu ditulis tangan atau ditaip komputer. Adakah menjadi kesalahan sekiranya tarikh dan no rujukan di taip menggunakan komputer. Sekian terima kasih.Tidak menjadi kesalahan menulis tarikh dan nombor rujukan dengan komputer, malah keseluruhan penulisan kelihatan lebih kemas.Lain-lain21.06.2011
kekeliruan berkaitan dengan koleksi lembar bahasa bil 1 2007. Ejaan yang betul dan salah sama sahaja.Tidak pasti mana satu yang betul. Antaranya:Arkitek,atlet,atur cara,baik pulih dan banyak lagi yang mengelirukan pengguna. saya juga keliru dengan ejaan yang ditulis betul seperti cedekiawan,definisi ditulis fefinisi dan istirahat ditulis isytirahat. Segala kerjasama pihak tuan amat saya hargai.Saudara boleh mendapatkan cetakan terbaru lembar tersebut melalui laman web DBP www.dbp.gov.my pada halaman Aktiviti Terkini, Tajuk Bulan Bahasa Terkini di facebook.Lain-lain21.10.2009
Kekeliruan rakyat tetap timbul mengenai istilah bahasa Melayu dan bahasa Malaysia. Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 152, bahasa Melayu ialah bahasa rasmi yang mendukung sebagai bahasa Kebangsaan. Persoalannya mengapa istilah bahasa Malaysia digunakan dalam konteks ini.Bukankah bahasa Malaysia itu mencakupi bahasa Melayu,bahasa Mandarin,bahasa Kantonis,bahasa Tamil. bahasa Iban,bahasa Kadazan dan lain-lain? Mengapa DBP tidak bertegas dalam soal ini?Selagi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu tidak berubah, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu.Istilah06.09.2009
Kekeliruan penggunaan kata ganti tak tentu, mana-mana - untuk mengganti nama benda atau nama tempat yang tidak tentu. Contoh soalan, "----------------peserta yang terpilih dalam sesi latihan pada petang ini akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Bagi------------------yang tidak terpilih jangan berputus asa, cuba lagi. A. Apa-apa, bila-bila B. Siapa-siapa, mana-mana C. Mana-mana, siapa-siapa D. Berapa-berapa, siapa-siapa

Encik Paul,

Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlm. 87):  kata ganti diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara, atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda atau orang. Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan. Contohnya:

apa-apa:   Bawalah apa-apa yang ada.

mana-mana: Ambillah mana-mana yang anda suka.

siapa-siapa (sesiapa); Siapa-siapa pun boleh bersuara.

Oleh itu, berdasarkan keterangan di atas, ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

Siapa-siapa (Sesiapa) peserta yang terpilih dalam sesi latihan pada petang ini akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Bagi mana-mana yang tidak terpilih jangan berputus asa, cuba lagi. 

 

Tatabahasa28.02.2009
1) Mana yang betul? a) .. timbul kekeliruan dalam ejaan dan pemilihan kata. ATAU b) .. timbul kekeliruan terhadap ejaan dan pemilihan kata. 2) Adakah perlu menggunakan tanda koma selepas kata 'pula'? Terima kasih.1. Ayat yang betul ialah (a) ... timbul kekeliruan dalam ejaan dan pemilihan kata
2. Keperluan penggunaan tanda koma selepas kata "pula" bergantung pada ayat dan konteks penggunaan.
Tatabahasa02.06.2014
12345678910...

Kembali ke atas