Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ke.li.ruan] | ککليروان

Definisi : kesalahan (pd membuat ang­gapan atau kesimpulan), kekhilafan, kekusut­an: penjelasannya telah menghilangkan ~ mengenai rancangan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ke.li.ruan] | ککليروان

Definisi : keadaan keliru; kesilapan; kesalahan: ~ timbul kerana pegawai itu sendiri tidak memahami perkara yg sebenarnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keliru (adjektif)
Bersinonim dengan silap, khilaf, celaru, sesat, kacau;,
Kata Terbitan : mengelirukan, terkeliru, kekeliruan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
affective fallacykekeliruan afektifKesusasteraanTiadaKonsep penilaian dalam sesebuah karya sastera berdasarkan kesannya terhadap emosi pembaca. Konsep ini dianggap terlalu subjektif dan mencampuradukkan dua entiti yang berbeza antara karya dengan kesannya terhadap pembaca. Konsep ini selari dengan konsep kekeliruan hasrat yang merujuk kepada kesilapan membuat penilaian berdasarkan biografi penulis atau pengakuan penilai berkaitan dengan maksud karya. Konsep kekeliruan afektif ditentang oleh penyokong kritikan impresionistik yang berpendapat bahawa respons pembaca merupakan kriteria penting dalam penilaian sesebuah teks. Konsep ini diutarakan oleh Wimsatt dan Beardsley dalam karyanya berjudul The Verbal Icon (1954). Lihat juga kekeliruan hasrat, kritikan impresionistik.
circle of least confusionbulatan kekeliruan terkecilFizikOptiklih. bulatan kekeliruan.
intentional fallacykekeliruan hasratKesusasteraanTiadaKonsep yang dizahirkan oleh pengarang berhubung dengan tanggapan, kekeliruan serta pemahamannya terhadap makna teks. Tanggapan ini terbit daripada amalan kritikan biografi yang terlalu bergantung pada data biografi pengarang untuk mengupas makna teks. Istilah ini diperkenalkan oleh W.K. Wimsatt dan M.C. Beardsley pada tahun 1946. Mereka berpendapat bahawa niat pengarang, sama ada dinyatakan secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan, adalah tidak relevan untuk pentafsiran teks. Hal ini demikian kerana makna terletak pada teks yang telah dihasilkan dan menjadi milik khalayak. Walau bagaimanapun, konsep ini dirumus semula untuk membenarkan penggunaan maklumat tentang niat pengarang dalam menginterpretasikan teks, khususnya dalam kes-kes tertentu. Contohnya, niat pengarang yang terserlah dalam prakata teks, surat, dan lain-lain yang akur dengan makna teks. Sebaliknya, niat pengarang yang tidak akur dengan makna teks diketepikan dan kaedah alternatif digunakan sebagai ganti. Pada zaman pasca-Freud, hasrat penulis menimbulkan syak wasangka kerana konsep bawah sedar memainkan peranan yang penting dalam penghasilan teks. Oleh sebab itu, pembaca tidak boleh menerima bulat-bulat apa yang dihasratkan penulis, tetapi mereka perlu mencari makna teks berdasarkan pemahaman dan tafsiran mereka sendiri.
circle of confusionbulatan kekeliruanFizikOptikImej bulat kabur bagi objek titik yang terbentuk oleh kanta kamera walaupun dengan pemfokusan yang paling baik. bulatan kekeliruan terkecil.
confusionkekeliruanPerubatanTiadaTiada
confusionkekeliruanSejarahTiadaPerihal keadaan yang tidak teratur, kucar-kacir atau huru-hara akibat kemusnahan negeri, kekalahan dalam perang dan perampasan kuasa seperti kekalahan tentera Carthaga dengan tentera Rom.
fallacykekeliruanPendidikanTiada

 Hujah yang dikemukakan berasaskan penggunaan perkataan atau idea yang mempunyai persamaan yang mengelirukan seterusnya membawa kepada kesimpulan palsu yang boleh dielakkan.

confusionkekeliruanPerubatanPsikiatriKeadaan yang dicirikan oleh kecelaruan fikiran secara tiba-tiba sehingga menyebabkan pesakit tidak dapat mengingati tempat, masa dan tidak mengenali orang lain.
affective fallacykekeliruan kesanKesusasteraanTiadaKehilafan dalam penilaian kesan sesebuah karya, terutama kesan perasaan atau emosi yang bertentangan dengan kesan yang diharapkan penulis.
fallacyfalasi kekeliruanMatematikTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas