Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ke.luar.ga.an] | ککلوارݢاءن

Definisi : yg berkaitan dgn keluarga atau hubungan sbg anggota di dlm sesuatu keluarga (berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan): itu urusan dan masalah ~ semata-mata; hubungan ~ hu­bungan atau pertalian antara seorang dgn seorang yg lain sbg anggota sesuatu keluarga (famili, kaum kerabat, dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ke.luar.ga.an] | ککلوارݢاءن

Definisi : hal mengenai keluarga: masalah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekeluargaan

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah SISTEM KEKELUARGAAN DAN INSTITUSI KEKELUARGAAN sama maksudnya...?Oleh sebab tuan bertanyakan tentang definisi atau maksud "Sistem dan Institusi", maka dilampirkan makna kedua-dua perkataan ini berdasarkan Kamus Dewan:sistem 1. cara atau kaedah utk melakukan sesuatu, aturan: (biasanya dijadikan pegangan), cara atau kaedah yg teratur utk melakukan sesuatu: ~ Manakala maksud Institusi ialah badan atau organisasi yg ditubuhkan utk sesuatu tujuan tertentu; Secara harafiahnya, sistem Kekeluargaan dapat disimpulkan merupakan peraturan/kaedah manakala Institusi merujuk badan atau organisasi.Lain-lain28.07.2007
Manakah satu yang betul? Boleh berikan contoh ayat? 1. Institusi kekeluargaan 2. Institusi keluarga"Keluarga" bermaksud sanak saudara, manakala "kekeluargaan" ialah "hal yang berkaitan dengan keluarga" atau hubungan sebagai anggota dalam sesuatu keluarga. Oleh itu frasa yang betul ialah "institusi kekeluargaan".Tatabahasa30.10.2014
tuan, kegoyahan dalam institusi keluarga atau kegoyahan dalam institusi kekeluargaan TQFrasa yang betul ialah institusi kekeluargaan.Tatabahasa24.01.2012
Bolehkah institusi kekeluargaan digantikan dengan institusi kulasentana / institusi kulawarga / institusi kulawangsa dalam penulisan karangan?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "kulasentana", "kulawanga" dan "kulawangsa" ialah "keluarga", bukannya "kekeluargaan" yang berasal daripada perkataan Jawa.Tatabahasa29.10.2014
Tuan, "Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga" sinonim dengan perkaitan dengan apa? Adakah berkaitan dengan kekeluargaan atau perpaduan negara?"Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga" bermaksud kesusahan yang menimpa kaum keluarga kita, maka kita pun akan merasai kesusahan itu. Peribahasa ini berkaitan kekeluargaan yang amat menitikberatkan nilai kasih sayang dalam keluarga.Sastera23.01.2024
Salam Tahun Baharu, 1. Apakah beza frasa 'institusi keluarga' dan 'institusi kekeluargaan'? 2. Maksud 'post-mortem' dalam terjemahan BM, apa? 3. Maksud 'band', 'deskriptor', dan 'evidens' dalam terjemahan BM, apa? 4. Pakar IT mengatakan bahawa istilah 'laman sesawang' adalah tidak tepat untuk merujuk kepada 'laman web'. Pendapat tuan? 5. Kata 'diam' dan 'istirahat' tergolong dalam kata apa? 6. Bagaimanakah cara untuk membina ayat yang gramatis dengan menggunakan kata hubung pancangan komplemen 'untuk'? Sekian, terima kasih.1. Keluarga bermaksud sanak saudara, manakala kekeluargaan ialah hal yang berkaitan dengan keluarga atau hubungan sebagai anggota dalam sesuatu keluarga. Oleh itu, frasa yang betul ialah institusi kekeluargaan.
2. Perkataan post-mortem diterima pakai dalam konteks pemeriksaan dan pembedahan mayat untuk menentukan sebab-sebab kematian, manakala dalam konteks yang berbeza post-mortem diterjemahkan kepada pascanilai bagi mendapatkan maklumat untuk dibuat penambahbaikkan setelah sesuatu projek dilaksanakan. 
3. Band diterjemahkan kepada kumpulan, descriptor ialah penerang, dan evidence ialah bukti atau keterangan. Untuk maklumat lanjut rujuk www.prpm.dbp.gov.my
4. Laman sesawang' ialah pilihan lain kepada istilah 'laman web'. Ketepatan istilah ini telah dibincangkan oleh pakar bidang dan dipersetujui. Dalam pelaksanaan pengguna boleh memilih salah satu daripadanya. 
5. Diam dan istirahat ialah kata kerja 
6. Contoh ayat komplemen ialah Cikgu itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin. Untuk membina ayat yang gramatis dengan menggunakan kata hubung pancangan komplemen sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, halaman 253.
Tatabahasa13.01.2013
ibarat melukut di tepi gantang ialah peribahasa atau simile? peribahasa seperti aur dengan tebing hanya boleh digunakan utk hub kekeluargaan sahaja ke? cth :Dengan bekerjasama bagai aur dengan tebing antara polis dan masyarakat, kemalangan dapat dikurangkan. betul ke?Peribahasa seperti aur dengan tebing bukan sahaja untuk hubungan kekeluargaan tetapi boleh digunakan seperti contoh yang diberikan, iaitu yang membawa maksud sikap tolong-menolong antara satu sama lain. Seperti melukut di tepi gantang ialah peribahasa dan yang lengkapnya "Seperti melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi', bermaksud tidak berharga dalam masyarakat; tidak dapat menolong dan sebagainya.Lain-lain25.03.2010
Soalan: Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang diberi. Ayat yang diberi : Institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan tingkah laku seseorang individu. Pilihan jawapan : 1 - Sesebuah keluarga berperanan penting untuk membentuk tingkah laku anak-anak mereka. 2 - Tingkh laku dan sahsiah seseorang individu dapat dibentuk menerusi institusi kekeluargaan.kedua-dua ayat tersebut mempunyai maksud yang sama dengan ayat yang telah diberi.Tatabahasa28.08.2007
Apakah pola ayat ini ikatan kekeluargaan diibarat air dicincang tidak akan putus, pastikan bersatu kembali. Adakah FN + FN atau FN + FK. Terima kasih.Pola ayat tersebut ialah FN + FK.Tatabahasa17.09.2016
Salam sejahtera. Saya ada terbaca artikel tentang susunan kekeluargaan Melayu. Adakah susuan keturunan berikut adalah betul atau sebaliknya? Bapa/Mak - Anak - Cucu - Cicit - Piut - Oneng-oneng - piat.

Mengikut Kamus Dewan, piut ialah keturunan yg kelima (cucu kepada cucu); piut-miut keturunan yang sudah jauh; piat-miut ialah anak cucu yg sudah jauh; manakala oneng-oneng ialah anak piut (keturunan yang kelima).

Istilah27.01.2015
1234

Kembali ke atas