Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ke.ri.ngan] | ککريڠن

Definisi : 1. perihal (keadaan, sifat) kering; 2. sudah menjadi kering, tidak basah (berair) lagi: semua parit ~ dlm musim kemarau itu; tekak masing-masing ~ kerana kehausan; 3. tidak lagi di laut dll (bkn perahu), terletak di darat (bkn perahu); 4. kehabisan wang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ke.ri.ngan] | ککريڠن

Definisi : 1 sifat atau keadaan kering. 2 (telah) menjadi kering: Tekak masing-masing ~. 3 ki kehabisan wang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kering (adjektif)
1. Bersinonim dengan kemarau: kontang, ringkai, timpas, usang, cerin, cering, kasang, kesang, dangkal, tohor, tidak berair, tidak turun hujan tidak basah, tidak lembap lagi,
Berantonim dengan basah

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan pokai, habis duit, tidak berwang lagi,

3. Dalam konteks durian
bersinonim dengan dengkel, tidak berisi,

Kata Terbitan : mengeringkan, kekeringan,

Peribahasa

Anak monyet di hutan disusui,
     anak sendiri di rumah kekeringan.

Bermaksud :

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mouth drynesskekeringan mulutPerubatanTiadaKekeringan membran mukosa dengan lembapan yang rendah, kering dan kurang rembesan kaviti mulut.
vaginal drynesskekeringan vaginaPerubatanTiadaPerihal kekeringan membran mukosa vagina kerana kekurangan sekresi vagina akibat menopaus.
cornea drynesskekeringan korneaPerubatanTiadaPerihal kekeringan mukosa membran yang disebabkan oleh kekurangan kelembapan pada permukaan mata. Keadaan ini sering dialami oleh pesakit yang koma dengan mata terbuka.
desiccation of dentinekekeringan dentinPergigianTiadaDentin yang terlebih kering akibat penggunaan agen semburan angin yang melampau semasa peringkat merestorasi gigi. Kekeringan dentin yang melampau boleh menganggu pengikatan dentin dengan bahan restorasi seperti komposit.
drynesskekeringanKomunikasi MassaTiadaTiada
drynesskekeringanKejuruteraanTiadaTiada
dryness controlpengawal kekeringanSosiologiTiadaTiada
dryness fractionpecahan kekeringanKejuruteraanTiadaTiada
xerosisxerosisPerubatanTiadaKekeringan abnormal pada mata, kulit atau mulut.
xerophtalmiaxeroftalmiaPerubatanTiadaKekeringan konjunktiva dan kornea disebabkan oleh kekurangn vitamin A. Keadaan ini bermula dengan rabun malam dan xerosis konjunktiva diikuti dengan peringkat xerosis kornea dan keratomalasia.
12345

Kembali ke atas