Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.khua.ti.ran] | کخواطيرن

Definisi : perasaan khuatir, kebim­bangan, ketakutan: timbul ~ dlm hatinya kalau-kalau anaknya pula yg tertipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.khua.ti.ran] | کخواطيرن

Definisi : perasaan khuatir; kebimbangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khuatir (kata kerja,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan cemas, gelisah, gusar, resah, bimbang, takut, ragu-ragu, curiga, walang hati, bersusah hati, bersedih hati, dukacita, berhati walang, syak walang, tidak sedap hati;,
Kata Terbitan : mengkhuatiri, mengkhuatirkan, kekhuatiran,

Peribahasa

Duduk di ambung-ambung taji.

Bermaksud :

Selalu dalam kekhuatiran. ambung-ambung taji = tumbuh-tumbuhan berduri.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NARAYAN, R. K.

Narayan, R. K. (1906–2001) ialah novelis dan

cerpenis India yang menulis dalam bahasa Inggeris.

Novel-novelnya memaparkan tentang kehidupan

orang biasa India yang menggambarkan kekhuatiran

tentang pertukaran identiti nasional dan sejarah. Para

pengkritik memuji Narayan kerana kualiti tragikomik

dalam hasil kerjanya dan kelembutan ironinya ketika

menggunakan watak ciptaannya.

UMUM 
PARTI BUMIPUTERA SARAWAK

PARTI BUMIPUTERA SARAWAK, parti politik.  Parti ini ditubuhkan pada tahun 1966.  Kewujudan parti ini secara langsung memperlihatkan kebangkitan peribumi Islam dalam politik Sarawak.  Dua buah parti Negara Sarawak (PANAS) dan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA).  Kedua-dua parti ini turut dianggotai oIeh golongan bumiputera bukan Islam. Kegagalan membawa masuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ke Sarawak memaksa parti Melayu yang sedia ada mencari cara yang lain bagi menyatukan orang Melayu dalam politik Sarawak.  Kegagalan menubuhkan cawangan UMNO di Sarawak berpunca daripada perlembagaan UMNO yang tidak membenarkan keahliannya daripada kaum bumiputera bukan Islam.  Selain itu, timbul juga kekhuatiran bahawa kemasukan UMNO akan menyebabkan parti politik itu akan mendominasi politik Sarawak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKegiatan

Kembali ke atas