Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekitaan;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Aktiviti berkumpulan dapat menyemai semangat kekitaan,saling berinteraksi secara berhemah dan bertukar pendapat dalam menyelesaikan masalah.2)Kemerdekaan yang dikecapi oleh Malaysia bukan atas dasar tentera kuat tetapi atas dasar perundingan.3)Kami terpesona apabila melihat kebolehan Pak Cik Jalil menganyam serawan jala dalam masa yang singkat.(TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH)1) Aktiviti berkumpulan dapat menyemai semangat kekitaan, saling berinteraksi dan bertukar pendapat dalam menyelesaikan masalah.
2) Kemerdekaan yang dikecapi oleh Malaysia bukan atas dasar kekuatan tentera tetapi atas dasar perundingan.
3) Kami terpesona melihat kebolehan Pak Cik Jalil menganyam serawan jala dalam masa yang singkat.
Tatabahasa16.09.2012
Saya ingin mendapat terjemahan yang tepat dalam Bahasa Melayu untuk "sense of belonging". Terima kasihPadanan bagi istilah "sense of belonging" berbeza mengikut bidang, iaitu "rasa kekitaan", "perasaan kepunyaan" atau "rasa termilik".Istilah12.11.2007
ADAKAH ISU BAHASA MELAYU MENJADI BAHASA MALAYSIA TELAH DITUKAR?APAKAH ALASAN PENUKARAN TERSEBUT?Pertukaran bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia telah diputuskan oleh kabinet. Keputusan ini dibuat oleh kabinet bertujuan untuk membantu menyemai rasa kekitaan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum. Timbalan Perdana Menteri menyatakan rasionalnya ialah untuk tujuan perpaduan, penggunaan integriti dan bersatu hati. (Rujuk Berita Harian, SElasa 5 Jun 2007)Lain-lain12.07.2007
Salam. Saya ditugaskan untuk mencari perkataan yang sebetulnya untuk digunakan diWEB untuk pilihandua bahasa iaitu English dan BAHASA MALAYSIA atau BAHASA MELAYU. Mana perkataan yang patut digunakan? TQBahasa Malaysia digunakan sebagai istilah rasmi untuk menyemai rasa kekitaan dalam masyarakat pelbagai kaum, oleh itu dalam situasi yang dinyatakan istilah bahasa Malaysia boleh digunakan. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu tetap digunakan untuk merujuk bahasa kebangsaan  dalam Perlembagaan Persekutuan.Lain-lain27.05.2009
Tolong jelaskan kita gunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia,yang mana satu....kerana sekarang ngara kita adalah Negara Bangsa!Bahasa Melayu digunakan untuk merujuk bahasa kebangsaan  dalam Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun bahasa Malaysia digunakan sebagai istilah rasmi untuk menyemai rasa kekitaan dalam masyarakat pelbagai kaum.    Lain-lain11.01.2008
bahasa malaysia atau bahasa melayuMengikut Perlembagaan Persekutuan dan Akta bahasa Kebangsaan penggunaan yang betul ialah bahasa Melayu. Begitu juga dari aspek ilmu bahasa itu disandarkan kepada peradaban Melayu, maka bahasa Melayu yang digunakan. Walau bagaimanapun pada tahun 2006 Kabinet mengeluarkan arahan bahawa perkataan bahasa Malaysia digunakan untuk menyemai rasa kekitaan dalam kalangan rakyat dan dalam konteks perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.Lain-lain03.07.2012
Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu yang boleh digunakanDalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 menyatakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan dijadikan bahasa rasmi negara Malaysia. Dari sudut ilmu, bahasa Melayu disandarkan kepada bangsa Melayu dan peradaban Melayu. Walau bagaimanapun, kabinet memutuskan istilah bahasa Malaysia turut digunakan selain bahasa Melayu untuk menyemai semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Maka, penggunaan kedua-dua istilah tersebut boleh disesuaikan mengikut konteks penggunaannay. Contohnya, jika penggunaannya merujuk ketamadunan Tanah Melayu, maka istilah bahasa Melayu paling tepat digunakan.Lain-lain06.02.2014
Manakah yang betul... Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Untuk peringkat STPM Bahasa Malaysia digunakan (surat pekeliling telah diterima daripada MPM). Untuk SPM dan PMR Bahasa Melayu digunakan.... Terima kasih.

Puan Aishma,

Pengunaan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Akta bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun mengikut keputusan pihak Kabinet Malaysia perkataan bahasa Malaysia digunakan untuk menyemai rasa kekitaan dalam kalangan rakyat. Untuk tujuan peperiksaan sila rujuk Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia.   

Lain-lain13.07.2009
Kalsom Lajim May 21st, 11:32am Assalam.. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia yang mana digunakan sekarang..mohon pencerahan.Terima kasihMengikut Perlembagaan Persekutuan dan Akta bahasa Kebangsaan penggunaan yang betul ialah bahasa Melayu. Begitu juga dari aspek ilmu bahasa itu disandarkan kepada peradaban Melayu, maka bahasa Melayu yang digunakan. Walau bagaimanapun pada tahun 2006 Kabinet mengeluarkan arahan bahawa perkataan bahasa Malaysia digunakan untuk menyemai rasa kekitaan dalam kalangan rakyat dan dalam konteks perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.Istilah21.05.2015
mohon pencerahan subjek bahasa malaysia digunakan pada kulit buku sekolah rendah dan bahasa melayu pada teks sekolah menengah, nama mata pelajaran sepatutnya? bahasa malaysia atau bahasa melayu?Semua buku teks menggunakan Bahasa Malaysia. Penggunaan Bahasa Malaysia adalah atas arahan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Mengikut keputusan Kabinet Malaysia pada tahun 2006 perkataan bahasa Malaysia digunakan untuk menyemai rasa kekitaan dalam kalangan rakyat dan dalam konteks perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.Lain-lain01.04.2014
12

Kembali ke atas