Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.kon.duk.sian] | ککوندوکسين

Definisi : sifat atau keupayaan menga­lirkan arus elektrik, haba dsb: lapisan kering makanan mempunyai ~ terma yg rendah dan bertindak sbg penebat di samping memberi rintangan terhadap pengaliran haba; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.kon.duk.sian] | ککوندوکسين

Definisi : sifat atau keupayaan (kemampuan) mengalirkan sesuatu spt tenaga elektrik, haba melalui perantara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekonduksian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
semiconductorsemikonduktorKimiaTiadaBahan yang kekonduksian elektriknya bernilai di antara kekonduksian logam dengan kekonduksian penebat. Kekonduksian semikonduktor lazimnya bertambah apabila suhu meningkat. Semikonduktor digunakan dalam peranti elektronik seperti termistor, transistor dan fototransistor. Misalnya, germanium, silikon, dan selenium.
thermometric conductivitykekonduksian termometrikSainsHidrometeorologiNisbah kekonduksian terma, k, sesuatu bahan terhadap hasil darab haba spesifiknya, c, dan p ketumpatannya; Bagi bendalir, c ialah haba spesifik pada suhu malar. Kekonduksian termometrik menentukan kadar pemanasan yang disebabkan oleh peredaran suhu tertentu, umpamanya bagi pertukaran haba satu dimensi: Nilai 0.1895 cm2/saat telah dikira bagi kekonduksian termometrik udara pada suhu 0oC. Pada suhu lain, nisbah dianggap malar, dengan ialah kelikatan dinamik. Bagi pertukaran haba di dalam atmosfera, kekonduksian termometrik selalunya digantikan oleh kekonduksian pusar yang melebihi K dengan beberapa kali ganda kerana peresapan haba di dalam atmosfera disebabkan terutamanya oleh golakan dan bukan kekonduksian molekul. Istilah ini juga dikenali sebagai keresapan terma atau kekonduksian haba.
semiconductorsemikonduktorFizikModenBahan habluran pepejal yang kekonduksian elektriknya berada di antara kekonduksian elektrik logam dengan kekonduksian elektrik penebat, yang berjulat dari kira-kira 105 mho hingga 10-7 mho permeter.
formation factorfaktor formasiGeologiTiadaNisbah kekonduksian elektrolit terhadap kekonduksian batuan yang tertepu dengan elektrolit tersebut.
molar conductivitykekonduksian molarKimiaTiadaKekonduksian elektrik sesuatu elektrolit yang mengandungi satu mol zat terlarut di dalam 1 m3 larutan. Unit kekonduksian molar, Λ m, ialah siemens meter persegi per mol, Sm2mol-1.
Wiedman-Franz lawhukum Wiedman-FranzFizikModenHukum yang menyatakan bahawa nisbah kekonduksian terma logam terhadap kekonduksian elektriknya adalah pemalar darab. Suhu mutlak dan pemalar ini sama bagi terma jenis logam. hubungan Lorentz.
thermal conductivitykekonduksian termaKimiaTiadaNilai keupayaan sesuatu bahan untuk mengkonduksi tenaga haba. Kekonduksian diukur sebagai kadar aliran haba antara dua muka yang bertentangan terhadap satu meter padu bahan apabila beza suhunya ialah 1 kelvin. Dalam unit SI, kekonduksian terma, l atau k, diukur dalam unit joule per saat per meter per kelvin, Js-1 m-1K-1.
equivalent conductivitykekonduksian setaraKimiaTiadaKekonduksian yang diungkapkan berdasarkan bilangan cas individu yang dibawa.
phononfononNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanTenaga yang terkuantum hasil getaran anjal dalam kekisi hablur. Konsep fonon amat penting dalam mengkaji sifat fizik pepejal seperti kekonduksian terma dan kekonduksian elektrik. Fonon dapat bertindak balas dengan elektron seperti yang berlaku dalam fenomena superkekonduksian.
air conductivitykekonduksian udaraSainsHidrometeorologiLihat kekonduksian.
12345678910...

Kembali ke atas