Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.kua.sa.an] | ککواساءن

Definisi : 1. kuasa atau hak (memutuskan, memerintah, mengurus, dll): negeri itu sekarang di bawah ~ kerajaan pusat; 2. kekuatan, kemampuan: raja itu masyhur kerana ~nya; ~ Tuhan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.kua.sa.an] | ککواساءن

Definisi : kuasa atau hak utk memerintah (mengurus dll); kekuatan; kesanggupan: Orang Belanda berasa cemburu kerana ~nya akan terganggu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuasa
1. Bersinonim dengan daya
( kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan, kudrat, tenaga, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan wibawa
( pengaruh, hak, mandat, daulat, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan kekuatan
( ketahanan, keagungan, kawalan, cengkaman, pengaruh, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan sanggup
( minat, rela, mahu, hendak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sekuasa-kuasanya, berkuasa, menguasai, menguasakan, kekuasaan, penguasaan, penguasa,

Peribahasa

Memakai kulit harimau.

Bermaksud :

Menggunakan kekuasaan orang lain untuk menakut-nakuti orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengepit kepala harimau).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mengepit kepala harimau.Menggunakan kekuasaan orang lain untuk menakut-nakuti orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Memakai kulit harimau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memakai kulit harimau.Menggunakan kekuasaan orang lain untuk menakut-nakuti orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengepit kepala harimau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diberi berkuku hendak mencengkam.Diberi kekuasaan sedikit lalu hendak berbuat sesuka hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Duri di hutan siapa pertajam.Kekuasaan Tuhan tidak ada batasnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di bawah ketiak orang.Di bawah kekuasaan orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri.Orang lemah dalam kekuasaan orang yang berkuasa, tidak berdaya untuk melawan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati tidak kerana sumpah, hidup tidak kerana kaul.Hidup dan mati adalah di dalam kekuasaan Tuhan. kaul = nazar, niat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ditindih yang berat, dililit yang panjang.Kemalangan yang tak dapat dielakkan; tak dapat melepaskan diri daripada kekuasaan orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas