Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ku.fu.ran] | ککفورن

Definisi : keadaan kufur: dia berusaha utk mengelakkan umat Islam drpd ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ku.fu.ran] | ککفورن

Definisi : keadaan atau sifat kufur: Dia berusaha utk mengelakkan umat Islam drpd ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekufuran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NABI ILIAS A.S.

Nabi Ilias a.s. ialah salah seorang daripada nabi

berketurunan Bani Israel. Nabi Ilias a.s. berasal

daripada zuriat Nabi Harun a.s. dan salasilah

keturunannya bertemu dengan keturunan Nabi

Ibrahim a.s. Allah SWT mengutuskan Nabi Ilias a.s.

kepada penduduk Ba‘labak iaitu kawasan barat

bandar Hims ketika kerajaan Bani Israel berpecah

selepas kewafatan Nabi Sulayman a.s. Kerajaan ini

berpecah disebabkan oleh perselisihan raja-raja

mereka kerana berebut kuasa, kekufuran dan

kesesatan yang meluas di kalangan mereka.

Mereka menyembah berhala bernama Ba‘la. Nabi

Ilias a.s. menyeru mereka supaya menjauhi amalan

menyembah berhala dan beralih kepada

menyembah Allah SWT sahaja, tetapi mereka

tidak menerimanya.

UMUM 
SURAH AL-FURQAN

Surah al-Furqan ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-25 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 77 ayat.

Surah ini dinamakan al-Furqan kerana Allah S.W.T.

menyebut tentang al-Qur’an melalui ayat-ayat surah

ini dengan menyatakan bahawa ia adalah kitab

yang diturunkan kepada hamba-Nya, Muhammad

s.a.w. Al-Qur’an adalah suatu nikmat yang terbesar

kepada seluruh manusia kerana ia umpama cahaya

terang dan gemilang yang dijadikan oleh Allah

S.W.T. sebagai pembeza antara kebenaran dengan

kebatilan, antara cahaya dengan kegelapan serta

antara kekufuran dengan keimanan. Lantaran itu al-

Qur’an selayaknya diberi nama al-Furqan atau

pemisah.

UMUM 

Kembali ke atas