Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.kun.ci] | ککونچي

Definisi : butang yg mewakili abjad dan nombor­-nombor yg digunakan utk memasukkan data ke dlm komputer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.kun.ci] | ککونچي

Definisi : 1 alat yg berfungsi spt kunci (spt utk menahan sesuatu drpd berkesot atau bergerak). 2 ist butang yg mewakili abjad, nombor, atau dan simbol tertentu yg digunakan utk memasukkan data ke dlm komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekunci


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MESIN TRENGKAS

Mesin trengkas digunakan untuk merakamkan

percakapan dengan cepat dan tepat. Mesin ini

mempunyai 21 kekunci huruf. Seberapa banyak

huruf boleh ditekan pada satu-satu masa. Operator

mengeluarkan nombor dengan menekan palang

angka dan kekunci yang mempunyai nombor yang

dikehendaki. Palang angka sepadan dengan

kekunci syif mesin taip.

UMUM 
ORGAN

Organ ialah alat muzik papan kekunci. Terdapat

dua jenis organ utama, organ paip dan organ

elektronik. Kebanyakan organ paip terdapat di

gereja, dewan konsert, dan teater. Sejarah organ

paip boleh dikesani semula lebih daripada 2000

tahun dahulu. Banyak karya agung muzik digubah

untuknya.

UMUM 
SONATA

Sonata ialah gubahan instrumental yang

mengandungi beberapa pergerakan. Sesebuah

sonata mempunyai kontras tempo dan kekunci,

tetapi pergerakannya adalah berkaitan antara satu

sama lain dari segi pemikiran. Sonata yang digubah

selepas pertengahan tahun 1700-an mengandungi

tiga atau empat pergerakan. Sonata klasik biasa

bermula dengan alegro yang hebat (pergerakan

rancak). Pergerakan kedua perlahan, berirama, dan

berlirik. Pergerakan ketiga yang hanya merupakan

pilihan, biasanya ringan dan lemah gemalai, dan

mungkin dalam bentuk tarian atau scherzo

(gurauan). Pergerakan terakhir atau finale mengikut

rentak rancak dan riang. Lihat juga Muzik klasik

(Bentuk sonata).

UMUM 
MERGENTHALER, OTTMAR

Mergenthaler, Ottmar (1854–1899), mereka

cipta mesin pengatur huruf linotaip. Dia membuat

peranti yang mempunyai papan kekunci yang

menyusun matrik (acuan) untuk huruf dan

mengatur seluruh baris huruf secara serentak.

UMUM 
MARIMBA

Marimba ialah alat perkusi yang terdiri daripada

beberapa bar yang tersusun di atas sebuah bingkai

seperti kekunci pada piano.

UMUM 
TELEGRAF

Telegraf ialah peranti pertama yang menghantar

mesej menggunakan elektrik. Pada satu masa

dahulu, kebanyakan mesej telegraf dihantar dengan

mengetuk kod khas bagi setiap huruf dalam mesej

dengan kekunci telegraf. Telegraf mengubah titik

dan sempang kod ini, yang dikenali sebagai kod

Morse, kepada impuls elektrik dan menghantarnya

melalui wayar telegraf.

UMUM 
SCHOENBERG, ARNOLD

Schoenberg, Arnold (1874–1951), mungkin

merupakan penggubah muzik yang paling

berpengaruh pada tahun 1900-an. Nama

Schoenberg juga dieja Schönberg. Pada tahun

1908, Schoenberg mula menulis muzik yang atonal ,

iaitu muzik yang kurang satu kekunci. Penggunaan

atonal akhirnya membawa kepada pembentukan

sistem 12 nada. Dalam sistem 12 nadanya, bahan

melodi dan harmoni nada adalah berdasarkan

urutan khusus 12 nota pada skala kromatik yang

dikenali sebagai baris atau set 12 nada. Cara

gubahan ini dikenali sebagai serialisme.

UMUM 
NADA

Nada ialah istilah muzik yang digunakan untuk

menerangkan nada kunci komposisi muzik itu

dikarang. Nyanyian yang dikarang dengan nada C

mempunyai C sebagai nada kuncinya, iaitu pusat

nada tengah skala C. Nada termasuk ton skala dan

kesemua kod yang dibuat daripada ton tersebut.

Nada pertama skala itu dikenali sebagai nada kunci

atau tonik, dan nada itu mendapat namanya daripada

nada pertama. Tiap-tiap satu daripada 12 skala major

dan 12 skala minor mempunyai satu nada kunci.

Istilah nada juga bererti jari kelengkeng yang

membuka dan menutup lubang-lubang bunyi pada

alat tiup seperti klarinet atau basun. Alat seperti piano

atau organ mempunyai tuas yang dikenali kekunci.

Pemainnya menekan kekunci tersebut untuk

menghasilkan bunyi.

UMUM 
SAKSOFON

Saksofon ialah alat muzik woodwind yang,

diperbuat daripada loyang. Ia terdiri daripada tiub

dengan pemipit di satu hujung dan berbentuk

seperti loceng yang terbuka di bahagian hujung

yang satu lagi. Saksofon mempunyai lubanglubang

yang dilitupi tuas-tuas yang dikenali

sebagai kekunci.

UMUM 
KLARINET

Klarinet ialah alat woodwind (tiup kayu).

Kebanyakan klarinet diperbuat daripada kayu.

Alat ini terdiri daripada satu tiub yang mempunyai

mouthpiece pada satu hujung dan bukaan

berbentuk loceng pada hujung yang satu lagi.

Klarinet mempunyai lubang jari terbuka dan

lubang lain yang ditutupi tuas logam kecil dikenali

sebagai kekunci.

UMUM 

Kembali ke atas