Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ku.ra.ngan] | ککورڠن

Definisi : 1. tidak (tidak cukup) mempunyai atau mendapat sesuatu yg diperlukan dll: kerja-kerja yg dijalankan tergendala kerana pejabat tersebut ~ kakitangan; serba ~ tidak cukup segala-galanya; 2. perihal atau keadaan kurang (tidak mencukupi): kemiskinan bukan terbatas kpd ~ makanan dan kebendaan semata-mata; 3. jumlah yg kurang atau yg menjadikan sesuatu tidak genap (tidak cukup dll), baki: yg dibayarnya tidak cukup, banyak juga ~nya; 4. cacat cela, ketidaksempurnaan, kelemahan: ia manusia biasa yg mempunyai ~, bukan nabi, bukan malaikat; perhimpunan penulis-penulis itu telah membincangkan beberapa ~ dlm novel-novel Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ku.ra.ngan] | ککورڠن

Definisi : 1 keadaan atau hal kurang; keadaan tidak mencukupi: ~ vitamin C dpt menyebabkan penyakit beri-beri. Kerja itu terpaksa ditangguhkan kerana ~ pekerja mahir. 2 sesuatu yg kurang: Walaupun dia kelihatan sempurna, tetapi masih ada ~ pd dirinya. 3 mengalami atau berada dlm keadaan sesuatu tidak mencukupi atau kurang drpd yg diperlukan: Mereka ~ bekalan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,

Peribahasa

Hawa pantang kerendahan,
     nafsu pantang kekurangan.

Bermaksud :

Hawa nafsu tiada mahu kalah daripada orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kekurangan yang tidak ada celanyaAsiah IdrisPelita Bahasa1 December 1989
Kekurangan dalam kelebihanAsiah IdrisPelita Bahasa1 September 1992
Kekurangan zat makanan kerana kejahilanTiadaDewan Masyarakat15 September 1978
Kekurangan tenaga buruh dalam sektor perkilanganMoha Asri AbdullahDewan Masyarakat1 December 1995
Kekurangan sumber asli semakin seriusIbrahim KomooDewan Masyarakat1 February 2005
Kekurangan Bahan Rujukan Ilmiah Dalam Bahasa MalaysiaTiadaDewan Bahasa3 January 1985
Kekurangan penulisan kreatif di antara masalah nasionalAwang Hussain Awang Mohd. YusofBahana1 October 1994
Kekurangan guru sasteraS. Jaafar HusinDewan Sastera1 March 1986
Kita kekurangan bakatShafie JusohDewan Budaya1 July 2006
Masalah kekurangan buku rujukan berbahasa Malaysia di institusipengajian tinggiA. HDewan Bahasa1 March 1987
123

Kembali ke atas