Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ku.ra.ngan] | ککورڠن

Definisi : 1. tidak (tidak cukup) mempunyai atau mendapat sesuatu yg diperlukan dll: kerja-kerja yg dijalankan tergendala kerana pejabat tersebut ~ kakitangan; serba ~ tidak cukup segala-galanya; 2. perihal atau keadaan kurang (tidak mencukupi): kemiskinan bukan terbatas kpd ~ makanan dan kebendaan semata-mata; 3. jumlah yg kurang atau yg menjadikan sesuatu tidak genap (tidak cukup dll), baki: yg dibayarnya tidak cukup, banyak juga ~nya; 4. cacat cela, ketidaksempurnaan, kelemahan: ia manusia biasa yg mempunyai ~, bukan nabi, bukan malaikat; perhimpunan penulis-penulis itu telah membincangkan beberapa ~ dlm novel-novel Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ku.ra.ngan] | ککورڠن

Definisi : 1 keadaan atau hal kurang; keadaan tidak mencukupi: ~ vitamin C dpt menyebabkan penyakit beri-beri. Kerja itu terpaksa ditangguhkan kerana ~ pekerja mahir. 2 sesuatu yg kurang: Walaupun dia kelihatan sempurna, tetapi masih ada ~ pd dirinya. 3 mengalami atau berada dlm keadaan sesuatu tidak mencukupi atau kurang drpd yg diperlukan: Mereka ~ bekalan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,

Peribahasa

Hawa pantang kerendahan,
     nafsu pantang kekurangan.

Bermaksud :

Hawa nafsu tiada mahu kalah daripada orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANOKSIA

Anoksia ialah kekurangan bekalan normal

oksigen kepada tisu badan, atau ketakupayaan tisu

menggunakan oksigen. Ia juga dinamakan hipoksia .

Anoksia anoksik berlaku apabila darah yang

mengalir menerusi paru-paru tidak membawa

cukup oksigen. Ini boleh berlaku apabila tidak

cukup oksigen di udara, seperti, pada ketinggian

3000 meter ke atas. Darah juga boleh gagal

membawa cukup oksigen oleh sebab kecacatan

paru-paru atau oleh sebab halangan dalam saluran

udara yang terlibat semasa bernafas. Pernafasan

yang cepat dan panjang adalah gejala biasa anoksia

anoksik. Keadaan ini biasanya disertai oleh

sianosis , pewarnaan kebiru-biruan pada kulit. Kes

yang teruk boleh menyebabkan pitam, malah

kematian.

UMUM 
KEBULURAN

Kebuluran ialah kekurangan makanan yang

berpanjangan yang menyebabkan kelaparan dan

kematian secara meluas. Sepanjang sejarah,

kebuluran berlaku sekurang-kurangnya satu

kawasan di dunia ini selang beberapa tahun.

UMUM 
SILAU SALJI

Silau salji ialah kekurangan tahap penglihatan

sementara akibat cahaya matahari yang terang yang

terpantul dari salji. Penyembuhan dalam tempoh 24

jam adalah biasa. Kadangkala seseorang itu

menghadapi masalah membezakan warna selepas

silau salji, dan melihat semua benda berwarna merah

bagi tempoh yang lama. Dalam kebanyakan kes, silau

salji akan hilang apabila seseorang itu merehatkan

mata dan tidak keluar rumah. Walau bagaimanapun,

dalam keadaan yang jarang-jarang berlaku,

pendedahan yang berpanjangan kepada cahaya

terpantul boleh mengakibatkan retinopati suria iaitu

gangguan yang mungkin boleh menyebabkan

sesetengah hilang penglihatan yang kekal. Memakai

cermin mata hitam atau gogal gelap dapat

menghalang silau salji.

UMUM 
SKURVI

Skurvi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh

kekurangan asid askorbik (vitamin C) dalam diet.

Jika seseorang tidak mendapat cukup vitamin C,

sebarang luka yang dialaminya sukar sembuh dan

mudah mengalami lebam. Dinding kapilari (saluran

darah yang kecil) pesakit menjadi sangat lemah dan

sekiranya terjadi sedikit tekanan sahaja boleh

menyebab saluran darah tersebut pecah. Mulut

dan gusi pesakit menjadi sakit. Gusi berdarah dan

gigi menjadi longgar. Pesakit kehilangan selera

makan, sendi mereka menjadi sakit, dan gelisah.

Anemia juga boleh berlaku.

UMUM 
KELAPARAN

Kelaparan terjadi apabila benda hidup mati

kerana kekurangan sebarang bahan makanan yang

perlu bagi kehidupan. Bahan makanan ini dikenali

sebagai nutrien atau zat makanan. Zat makanan

dikelaskan kepada enam kumpulan: karbohidrat,

lemak, mineral (garam galian), protein, vitamin, dan

air. Zat makanan membekalkan tenaga untuk

mengatur proses tubuh dan untuk membina dan

menyenggara tisu tubuh.

UMUM 
SINDROM LESCH-NYHAN

Sindrom Lesch-Nyhan ialah sejenis penyakit

keturunan yang jarang ditemui dan boleh

mengakibatkan rencatan mental. Sindrom ini

berpunca daripada kekurangan hipoksanthinaguanina

fosforibosil transferas, sejenis enzim yang

terdapat dalam semua sel badan. Enzim ini biasanya

terdapat pada paras kandungan yang tinggi di

dalam bahagian basal ganglia otak. Basal ganglia ini

membantu mengawal pergerakan badan yang tidak

disedari. Selain terencat mental, gejala sindrom ini

juga merangkumi pergerakan yang tidak terkawal

serta kecenderungan mencederakan diri sendiri.

UMUM 
PERSENGKETAAN

Persengketaan ialah konflik yang berpanjangan

dan kadangkala boleh menyebabkan perbunuhan

di antara individu, keluarga, atau kumpulan.

Sengketa sering terjadi dalam masyarakat yang

kekurangan pasukan polis, agensi penguatkuasaan

undang-undang kerajaan, atau bentuk pihak

berkuasa pusat yang lain. Persengketaan lazim

berlaku di kawasan yang jauh dari pusat

penguatkuasaan atau di tempat yang pelaksanaan

penguatkuasaan pusat sukar dilakukan kerana rupa

buminya yang berceranggah dan iklimnya yang

teruk. Selain itu, manusia yang menolak undang-

undang sering terlibat dalam persengketaan.

Contohnya, persengketaan boleh berlaku di

kalangan geng muda bandar dan kumpulan

penjenayah.

UMUM 
KWASHIORKOR

Kwashiorkor ialah sejenis penyakit yang

berpunca daripada pemakanan yang tidak

seimbang, khususnya disebabkan oleh kekurangan

protein lengkap yang amat ketara.

UMUM 
NETZAHUALC´OYOTL

Netzahualc´oyotl (pend. 1 256 115) ialah bandar

raya ketiga terbesar di Mexico. Netzahual´coyotl

terletak di negeri Mexico dan sempadan Mexico

City di sebelah timur. Untuk mengetahui lokasinya,

lihat Mexico (peta politik). Netzahual´coyotl

ditubuhkan pada tahun 1900 sebagai subbandar

Mexico City. Ia tidak digabungkan sebagai bandar

sehingga tahun 1963. Sejak tahun 1970, jumlah

penduduk Netzahual´coyotl meningkat dua kali

ganda. Perkembangan bandar yang cepat ini

menimbulkan masalah. Antaranya termasuk

kekurangan perumahan yang baik, kekurangan

perkhidmatan asas di bandar, dan pencemaran.

Penduduk bandar ini kebanyakannya golongan

kelas pekerja. Beberapa buah kilang pengeluar

tanam-tanaman beroperasi di sini.

UMUM 
MINYAK IKAN KOD

Minyak ikan kod ialah minyak yang berwarna

kuning, berbau hanyir, yang diperoleh daripada

hati ikan kod. Ia mengandungi banyak vitamin A

dan D. Pada satu masa dahulu, ramai orang

memakan minyak ikan kod untuk mencegah

daripada kekurangan vitamin A dan D. Orang yang

tidak mendapat cukup vitamin A mungkin

menghadapi masalah kulit dan mata. Kekurangan

vitamin D boleh menyebabkan riket, iaitu penyakit

yang menyebabkan kecacatan tulang.

UMUM 
1234

Kembali ke atas