Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ku.ra.ngan] | ککورڠن

Definisi : 1. tidak (tidak cukup) mempunyai atau mendapat sesuatu yg diperlukan dll: kerja-kerja yg dijalankan tergendala kerana pejabat tersebut ~ kakitangan; serba ~ tidak cukup segala-galanya; 2. perihal atau keadaan kurang (tidak mencukupi): kemiskinan bukan terbatas kpd ~ makanan dan kebendaan semata-mata; 3. jumlah yg kurang atau yg menjadikan sesuatu tidak genap (tidak cukup dll), baki: yg dibayarnya tidak cukup, banyak juga ~nya; 4. cacat cela, ketidaksempurnaan, kelemahan: ia manusia biasa yg mempunyai ~, bukan nabi, bukan malaikat; perhimpunan penulis-penulis itu telah membincangkan beberapa ~ dlm novel-novel Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ku.ra.ngan] | ککورڠن

Definisi : 1 keadaan atau hal kurang; keadaan tidak mencukupi: ~ vitamin C dpt menyebabkan penyakit beri-beri. Kerja itu terpaksa ditangguhkan kerana ~ pekerja mahir. 2 sesuatu yg kurang: Walaupun dia kelihatan sempurna, tetapi masih ada ~ pd dirinya. 3 mengalami atau berada dlm keadaan sesuatu tidak mencukupi atau kurang drpd yg diperlukan: Mereka ~ bekalan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,

Peribahasa

Hawa pantang kerendahan,
     nafsu pantang kekurangan.

Bermaksud :

Hawa nafsu tiada mahu kalah daripada orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
shortagekekurangankekurangankekuranganEkonomi
underfillingkekurangan tumpatankekurangan tumpalankekurangan tumpalanPerubatan
selenium deficiencykekurangan seleniumkekurangan seleniumkekurangan seleniumPenternakan
nutritional deficiencykekurangan pemakanankekurangan pemakanankekurangan pemakananPenternakan
nutrient deficiencykekurangan nutrisikekurangan nutrienkekurangan nutrienPenternakan
magnesium deficiencykekurangan magnesiumkekurangan magnesiumkekurangan magnesiumPenternakan
marginal deficiencykekurangan marginalkekurangan marginalkekurangan marginalPenternakan
oxygen defiencykekurangan oksigenkekurangan oksigenkekurangan oksigenKejuruteraan
oxygen defiencykekurangan oksigenkekurangan oksigenkekurangan oksigenKejuruteraan
capital deficiencykekurangan modalkekurangan modalkekurangan modalEkonomi
123456

Kembali ke atas