Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ku.ra.ngan] | ککورڠن

Definisi : 1. tidak (tidak cukup) mempunyai atau mendapat sesuatu yg diperlukan dll: kerja-kerja yg dijalankan tergendala kerana pejabat tersebut ~ kakitangan; serba ~ tidak cukup segala-galanya; 2. perihal atau keadaan kurang (tidak mencukupi): kemiskinan bukan terbatas kpd ~ makanan dan kebendaan semata-mata; 3. jumlah yg kurang atau yg menjadikan sesuatu tidak genap (tidak cukup dll), baki: yg dibayarnya tidak cukup, banyak juga ~nya; 4. cacat cela, ketidaksempurnaan, kelemahan: ia manusia biasa yg mempunyai ~, bukan nabi, bukan malaikat; perhimpunan penulis-penulis itu telah membincangkan beberapa ~ dlm novel-novel Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ku.ra.ngan] | ککورڠن

Definisi : 1 keadaan atau hal kurang; keadaan tidak mencukupi: ~ vitamin C dpt menyebabkan penyakit beri-beri. Kerja itu terpaksa ditangguhkan kerana ~ pekerja mahir. 2 sesuatu yg kurang: Walaupun dia kelihatan sempurna, tetapi masih ada ~ pd dirinya. 3 mengalami atau berada dlm keadaan sesuatu tidak mencukupi atau kurang drpd yg diperlukan: Mereka ~ bekalan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,

Peribahasa

Hawa pantang kerendahan,
     nafsu pantang kekurangan.

Bermaksud :

Hawa nafsu tiada mahu kalah daripada orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
sangat rata, terdiri daripada enapan di dasar laut yang paling dalam. Kecerunan di bahagian ini kurang daripada 1 : 1000. (BIO) acacia gum (gam akasia) Lihat arabic gum. (TEKMA) acapnia (akapnia) Kekurangan karbon dioksida dalam darah. (BIO, UBAT) Acarina (Acarina) Order terbesar daripada kelas Arachnida, termasuk hama dan sengkenit. Hai- wan daripada order ini biasanya mempunyai tubuh yang amat kecil dan bulat ke bahagian yang berkenaan. (BIO) afferent glomerular arteriole (arteriol glomerulus aferen) Lihat preglomerular arteriole. (UBAT) afferent neuron (neuron aferen) Lihat sensory neuron. (BIO) affluent (afluen) Lihat tributary. (HID) afibrinogenemia (afibrinogenemia) Kekurangan atau ketiadaan fibrinogen dalam darah. Keadaan ini boleh diala - mi, sama ada secara kongenital atau akibat perdarahan. (BIO, UBAT) aflatoxin (aflatoksin) Toksin yang dikeluarkan oleh kulat Aspergillus flavus yang biasanya

Kembali ke atas