Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lab] | کلب

Definisi : 1. perkumpulan, persatuan; ~ belia per­kumpulan pemuda dan pemudi; 2. bangunan tempat ahli-ahli persatuan berkumpul (ber­mesyuarat, bersenang-senang, dll): suaminya pergi bermesyuarat di ~; ~ malam tempat hiburan (dgn minum-minum, berdansa, dll) yg dibuka pd waktu malam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lab] | کلب

Definisi : 1 persatuan; perkumpulan: ~ belia perkumpulan pemuda dan pemudi. 2 bangunan tempat ahli-ahli persatuan berkumpul, bermesyuarat dll: Suaminya pergi bermesyuarat di ~. ~ malam kelab tempat orang pergi menghibur hati (berdansa dll) pd malam hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelab (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan perkumpulan, persatuan;,
Kata Terbitan : berkelab,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggandaan yang betul sama ada Kelab-kelab Sukan Catur Daerah atau Kelab Sukan Catur Daerah-Daerah?. Perlukah gandaan pada perkataan kelab atau daerah untuk menunjukkan banyak?.Frasa yang betul ialah "Kelab Sukan Catur Daerah"Tatabahasa10.11.2022
cara bagaimana hendak memohon masuk ke kelab seni kebudayaan dan sekaligus menjadi ahli kepada dewan bahasa dan pustaka?Saudara boleh menyertai mana-mana kelab seni dan kebudayaan di tempat yang berdekatan dengan kediaman saudara jika kelab tersebut wujud, tetapi jika di tempat saudara tiada kelab sedemikian, saudara mungkin boleh menyertai kelab-kelab lain yang ditubuhkan oleh badan-badan tertentu.  Dewan Bahasa dan Pustaka tidak punya kelab seni dan budaya, kerana kelab tersebut terletak di bawah Badan Keluarga DBP yang ahlinya terdiri daripada staf DBP sendiri.  Untuk menjadi ahli DBP saudara mestilah menjadi staf, kerana DBP bukan sebuah kelab atau badan budaha, tapi merupakan organisasi kerajaan.Lain-lain15.01.2009
Yang mana satukah betul? Kelab Memanah Tradisional atau Kelab Panah TradisionalCadangan jawapan yang sesuai ialah Kelab Memanah Tradisional.Lain-lain26.07.2023
Di sini, saya nak tanya tentang tatabahasa. 1. kuatkuasa-----kuat kuasa penguatkuasa-----penguat kuasa penguatkuasaan-----penguat kuasaan 2. pemuda-pemuda-----pemuda-pemudi 3. pusat beli-belah-----pusat-pusat beli-belah pusat membeli-belah-----pusat-pusat membeli-belah 4. sementelahan sementelahan itu 5. justeru, justeru itu, 6. ....kita akan dapat..... .... akan kita dapat..... 7.....saya akan mendapat.... .......akan saya mendapat.... .......saya akan dapat.... .....akan saya dapat..... ....saya perlu..... .....perlu saya...... 8. anti dadah antidadah Kelab Anti Dadah Kelab Antidadah Kelab AntiDadah Kelab Anti-Dadah Kelab Anti-dadah Kelab anti-dadah Kelab anti-Dadah Kelab anti dadah Program Anti Dadah Program Antidadah Program AntiDadah Program Anti-Dadah Program Anti-dadah Program anti-dadah Program anti-Dadah Program anti dadah Kempen Antidadah Kempen anti-Dadah ...*.dan sebagainya......... 9. kita haruslah.... kita seharuslah.... kita seharusnya..... seharusnya kita........ harus kita........ haruslah kita.......... 10. keistimewaan alam semulajadi keistimewaan alam semula jadi 11. mempertingkatkan mempertingkat 12. memperbaiki memperbaik 13. perkataan yang bersifat "memper...kan" , "memper...", "memper....i".1. Kuat kuasa, penguat kuasa, pegawai penguat kuasa, penguatkuasaan. 
2. Pemuda, pemudi serta pemuda dan pemudi.  
3. Pusat beli-belah, pusat-pusat beli-belah. 
4. Sementelah dan sementelahan.
5. Justeru.
6. ... kita akan dapat ...  
7. ... saya akan mendapat ... dan ... saya perlu ... 
8. Antidadah, Kelab Antidadah, Program Antidadah, Kempen Antidadah 
9. Kita haruslah dan kita seharusnya 
10. Keistimewaan alam semula jadi 
11. Mempertingkatkan 
12. Memperbaik
13. Apitan memper...kan digunakan juga dengan kata kerja dan kata nama Apitan memper...kan dengan kata kerja membawa maksud  menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan memper...kan dengan kata nama membawa maksud kuasatif. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 208. Apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak, seperti`memperingati`, `memperkawani`, `memperisteri`dan `mempersuami`. Kata dasar lain boleh bergabung dengan apitan memper-...-i jika ada keperluan untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 211. Awalan memper- biasa juga dirujuk sebagai awalan per-. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 177.
Tatabahasa29.10.2012
kelab Pencegah Jenayah belum pasti sama ada akan mengadakan (lawatan ke negeri Kedah atau negeri Perak). yang satukah betul? lawatan ke negeri Kedah atau ke negeri Perak, lawatan ke negeeri Kedah dan Perak, lawatan ke negeri Kedah atau Perak, lawatan ke negeri Kedah atau ke negeri Perak.??Lawatan ke negeri Kedah atau Perak. Tidak perlu pengulangan.Tatabahasa06.08.2008
Salam.... Saya dari Kelab Pendita UUM.kelab ini adalh satu2nya sebuah yg menjlnkan program berteraskn sastera. bagaimana prosedur sekiranya kami ingin menjalinkan kerjasama dengn pihak tuan??? terimakaseh atas segala perjawaban yang akan diberikanPuan boleh menghubungi Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBp untuk maklumat lanjut berkaitan program yang boleh disertai.  Pegawai yang boleh dihubungi ialah Puan Roziah binti Md. Yunus, 03-2147 9123 atau e-mel roziah@dbp.gov.myLain-lain09.02.2014
Kelab Teater Negeri Sembilan MEMOHON PENAJAAN/SUMBANGAN UNTUK FESTIVAL TEATER PENDEK NEGERI SEMBILAN 2016 Assalammualaikum Tuan/Puan, Maaf mengganggu, Saya MohdFazreen Bin Mohd, Setiausaha bagi Kelab Penggiat Seni Teater Negeri Sembilan ingin bertanya bagaimana caranya untuk pihak kelab kami memohon penajaan/sumbangan daripada pihak tuan/puan untuk menjayakan Festival Teater Pendek Negeri Sembilan 2016 pada 9 Januari 2016. Untuk makluman ringkas Tuan/Puan, Kelab kami yang akan mengendalikan Festival tersebut dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Negeri Sembilan. Segala perhatian Tuan/Puan terhadap perkara ini amat kami hargai. Yang Menjalankan Tugas, MOHD FAZREEN BIN MOHD SETIAUSAHA KELAB PENGGIAT SENI TEATER NEGERI SEMBILAN. Email : kelabteater_n9@yahoo.com.my 011-23134619Untuk pertimbangan selanjutnya, kemukakan permohonan secara rasmi kepada Tuan Haji Razali Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala LumpurLain-lain10.12.2015
Assalamualaikum, saya ingin bertanya, Barisan pimpinan kelab pengguna Atau Barisan kepimpinan kelab pengguna Manakah yang lebih tepat ?Ayat yang betul ialah Barisan kepimpinan kelab pengguna.Tatabahasa21.04.2023
1. Bagaimana menulis nama kelab. Adakah perlu menggunakan huruf besar pada setiap pangkal. Contoh: a) Dia mendaftar masuk dalam Kelab Sains dan Matematik 2. Bagaimana menulis nama hari-hari khas yang sengaja dicipta, contohnya Minggu Bahasa Melayu. Perlukah diletakkan tanda petik, atau perlulah menggunakan huruf besar pada setiap pangkal perkataan itu?Nama kelab dan nama hari yang dikemukakan merupakan nama khas dan perlu ditulis bermula dengan huruf besar. Ejaan yang betul ialah Kelab Sains dan Matematik, Minggu Bahasa Melayu.Ejaan20.01.2012
Adakah tajuk ini tepat: 1. Daripada Kelab Penyokong Kepada Ultras: Menggalur Budaya Kepenyokongan Malaysia Bola Sepak Atau 2. Daripada Kelab Penyokong Kepada Ultras Menggalur Budaya Kepenyokongan Bola Sepak MalaysiaAyat yang betul ialah "Daripada Kelab Penyokong kepada Ultras: Menggalur Budaya Penyokongan Bola Sepak Malaysia." 

Kata sendi "kepada" hendaklah dieja menggunakan huruf kecil.
Tatabahasa11.02.2024
123456

Kembali ke atas