Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.bu] | کلابو

Definisi : 1. warna spt abu; 2. ki suram, tidak ceria: perasaannya tetap ~; mengelabui = ~ mata ki menyelindungkan keburukan (kecurangan dll) drpd pengeta­huan umum, mengelirukan atau menyesatkan perhatian orang (dgn menggunakan mus­lihat), mengabui (mata), memperdaya, me­nipu: memang ada cara-cara utk ~ orang-orang asing sehingga mereka tidak dapat menangkap apa yg dimaksudkan; mengelabukan menjadikan berwarna kelabu, mewarnai dgn warna kelabu; kekelabuan keadaan kelabu; kekelabu-kelabuan seakan-akan warna ke­labu, agak kelabu: cerobong asap berwarna coklat tua dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.bu] | کلابو

Definisi : warna spt warna abu: ~ asap (warna) kelabu spt warna asap. mengelabui, = ~ mata melindungi sesuatu (keburukan, kejahatan dll) drpd pengetahuan umum; mengelirukan (orang); menipu: Sifatnya yg lemah lembut itu semata-mata utk ~ mata orang ramai. mengelabukan menjadikan berwarna kelabu; mewarnai (lukisan dll) dgn warna kelabu. kekelabuan keadaan kelabu. kekelabu-kelabuan seakan-akan warna kelabu; agak kelabu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelabu (adjektif)
1. Bersinonim dengan pirau: warna abu

2. Bersinonim dengan suram: kelam, tidak ceria.,


Puisi
 

Ayam korek kelabu sentang,
     Mari ditambat limau nipis;
Encik mudik hari dah petang,
     Bentang tikar tunduk menangis.


Lihat selanjutnya...(9)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
begari[b«.gA.Òi]kata kerjamelihat dengan jelas, pegari, nampak.Aku tau mata hang tak kelabu lagi, tentu begari dia dok mai tu.[A.ku tAw mA.tA hAN tA/ k«.lA.bu lA.gi t«n.tu b«.gA.Òi di.jA do/ mAj tu]Aku tahu mata engkau masih terang, tentu kamu nampak dia sedang berjalan ke mari.

Kembali ke atas