Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.bu] | کلابو

Definisi : 1. warna spt abu; 2. ki suram, tidak ceria: perasaannya tetap ~; mengelabui = ~ mata ki menyelindungkan keburukan (kecurangan dll) drpd pengeta­huan umum, mengelirukan atau menyesatkan perhatian orang (dgn menggunakan mus­lihat), mengabui (mata), memperdaya, me­nipu: memang ada cara-cara utk ~ orang-orang asing sehingga mereka tidak dapat menangkap apa yg dimaksudkan; mengelabukan menjadikan berwarna kelabu, mewarnai dgn warna kelabu; kekelabuan keadaan kelabu; kekelabu-kelabuan seakan-akan warna ke­labu, agak kelabu: cerobong asap berwarna coklat tua dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.bu] | کلابو

Definisi : warna spt warna abu: ~ asap (warna) kelabu spt warna asap. mengelabui, = ~ mata melindungi sesuatu (keburukan, kejahatan dll) drpd pengetahuan umum; mengelirukan (orang); menipu: Sifatnya yg lemah lembut itu semata-mata utk ~ mata orang ramai. mengelabukan menjadikan berwarna kelabu; mewarnai (lukisan dll) dgn warna kelabu. kekelabuan keadaan kelabu. kekelabu-kelabuan seakan-akan warna kelabu; agak kelabu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelabu (adjektif)
1. Bersinonim dengan pirau: warna abu

2. Bersinonim dengan suram: kelam, tidak ceria.,


Puisi
 

Ayam korek kelabu sentang,
     Mari ditambat limau nipis;
Encik mudik hari dah petang,
     Bentang tikar tunduk menangis.


Lihat selanjutnya...(9)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Malam kelabu, Ilyana dan aku Tiada19989799547105
Matahari kelabuGemaTiada1986 
Langit kelabuBalai PustakaTiada1980 
Menyibak kabut kelabuSanjayaTiada  
Gadis gadis kelabuAlam BudayaTiada[19XX] 
Surat bersampul kelabu Tiada1978 
Gadis gadis kelabuAlam BudayaTiada1983 
Mendung-Mendung KelabuCiptaan Jiwa SeniTiada2000983-881-020-7
Ufuk bukan kelabuRhythm Publishing Co. Sdn. Bhd.Tiada2000983-137-668-4
Beraraknya awan kelabuK Publishing & DistributorsTiada1987967-9906-91-4
1234

Kembali ke atas