Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.bu] | کلابو

Definisi : 1. warna spt abu; 2. ki suram, tidak ceria: perasaannya tetap ~; mengelabui = ~ mata ki menyelindungkan keburukan (kecurangan dll) drpd pengeta­huan umum, mengelirukan atau menyesatkan perhatian orang (dgn menggunakan mus­lihat), mengabui (mata), memperdaya, me­nipu: memang ada cara-cara utk ~ orang-orang asing sehingga mereka tidak dapat menangkap apa yg dimaksudkan; mengelabukan menjadikan berwarna kelabu, mewarnai dgn warna kelabu; kekelabuan keadaan kelabu; kekelabu-kelabuan seakan-akan warna ke­labu, agak kelabu: cerobong asap berwarna coklat tua dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.bu] | کلابو

Definisi : warna spt warna abu: ~ asap (warna) kelabu spt warna asap. mengelabui, = ~ mata melindungi sesuatu (keburukan, kejahatan dll) drpd pengetahuan umum; mengelirukan (orang); menipu: Sifatnya yg lemah lembut itu semata-mata utk ~ mata orang ramai. mengelabukan menjadikan berwarna kelabu; mewarnai (lukisan dll) dgn warna kelabu. kekelabuan keadaan kelabu. kekelabu-kelabuan seakan-akan warna kelabu; agak kelabu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelabu (adjektif)
1. Bersinonim dengan pirau: warna abu

2. Bersinonim dengan suram: kelam, tidak ceria.,


Puisi
 

Ayam korek kelabu sentang,
     Mari ditambat limau nipis;
Encik mudik hari dah petang,
     Bentang tikar tunduk menangis.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAyam kelabu pakai topi, Rotan selingkar jatuh ke lubuk; Inilah air pembasuh kaki, Inilah tikar setempat duduk.
Kurik Kundi Merah SagaAyam korek kelabu sentang, Mari ditambat limau nipis; Encik mudik hari dah petang, Bentang tikar tunduk menangis.
Kurik Kundi Merah SagaDari jauh nampak kelabu, Nampak ke Gunung Jerai; Ini malam kita bertemu, Besok hari kita bercerai.
Kurik Kundi Merah SagaCik Yam borek kelabu kentang, Mari ditambat limau manis; Sudah hari waktu petang, Bentang tikar tunduk menangis.
Kurik Kundi Merah SagaBanyaklah kuda makan di padang, Kuda kelabu nampak bergesel; Banyaklah muda sudah kupandang, Abanglah juak penghabis kasih.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak budak makan di padang, Sudah kelabu nampak bersih; Banyak abang sudah kupandang, Kitak berdua juak kuambil kasih.
Kurik Kundi Merah SagaAsah taji asah golok, Buat menyabung ayam kelabu; Saya janji masak di pokok, Kalau ranggah saya tak mahu.
Kurik Kundi Merah SagaOrang darat menggunting jubah, Jubah digunting berwarna kelabu; Hatilah saya tidak berubah, Hati tuan saya tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaAyun pak pek pak pong, Ayun laju laju; Apa kakak dukung, Dukung kucing kelabu.

Kembali ke atas