Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.bu] | کلابو

Definisi : 1. warna spt abu; 2. ki suram, tidak ceria: perasaannya tetap ~; mengelabui = ~ mata ki menyelindungkan keburukan (kecurangan dll) drpd pengeta­huan umum, mengelirukan atau menyesatkan perhatian orang (dgn menggunakan mus­lihat), mengabui (mata), memperdaya, me­nipu: memang ada cara-cara utk ~ orang-orang asing sehingga mereka tidak dapat menangkap apa yg dimaksudkan; mengelabukan menjadikan berwarna kelabu, mewarnai dgn warna kelabu; kekelabuan keadaan kelabu; kekelabu-kelabuan seakan-akan warna ke­labu, agak kelabu: cerobong asap berwarna coklat tua dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.bu] | کلابو

Definisi : warna spt warna abu: ~ asap (warna) kelabu spt warna asap. mengelabui, = ~ mata melindungi sesuatu (keburukan, kejahatan dll) drpd pengetahuan umum; mengelirukan (orang); menipu: Sifatnya yg lemah lembut itu semata-mata utk ~ mata orang ramai. mengelabukan menjadikan berwarna kelabu; mewarnai (lukisan dll) dgn warna kelabu. kekelabuan keadaan kelabu. kekelabu-kelabuan seakan-akan warna kelabu; agak kelabu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelabu (adjektif)
1. Bersinonim dengan pirau: warna abu

2. Bersinonim dengan suram: kelam, tidak ceria.,


Puisi
 

Ayam korek kelabu sentang,
     Mari ditambat limau nipis;
Encik mudik hari dah petang,
     Bentang tikar tunduk menangis.


Lihat selanjutnya...(9)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pointed morelmorel runcingPentadbiran PerniagaanTiadaMorel berkepala kon runcing, berwarna kelabu atau kelabu kekuningan yang mempunyai lekuk tetapi tidak sedalam atau sejarang morel.
conical morelmorel runcingPentadbiran PerniagaanTiadaMorel berkepala kon runcing, berwarna kelabu atau kelabu kekuningan yang mempunyai lekuk tetapi tidak sedalam atau sejarang morel.
jamesonitejamesonitGeologiTiadaMineral berwarna kelabu plumbum hingga hitam kelabu yang menghablur dalam sistem ortorombus, terdapat dalam hablur jejarum dengan bentuk seperti bulu atau bergentian, dan mempunyai kilau logam.
stratocumulusstratokumulusSainsHidrometeorologiAwan yang berbentuk tompokan, bambangan atau lapisan, berwarna kelabu atau keputihan atau kelabu dan keputihan, yang selalunya mempunyai bahagian gelap yang terdiri daripada kepingan papan pipih, jisim bentuk bulat, gulungan dan sebagainya, yang bukan gentian (melainkan virga) dan mungkin berpadu ataupun tidak; kebanyakan unsur kecil yang tersusun teratur mempunyai kelebaran ketara lebih daripada 5 darjah.
grey mouldkulapuk kelabuBiologiPatologiPenyakit pada bermacam-macam-macam jenis buah-buahan dan sayuran yang disebabkan oleh beberapa jenis kulat berwarna kelabu, gelap atau kehijauan, terutamanya Botrytis cinerea. Bahagian tumbuhan yang terjangkit menjadi busuk, dan permukaannya berwarna kelabu akibat pertumbuhan konidiofor kulat tersebut.
middle greykelabu sederhanaKesenianTiadaWarna kelabu ton sederhana untuk menentukan darjah pendedahan di dalam fotografi.
payne's greykelabu payneKesenianTiadaWarna kelabu yang dihasilkan daripada campuran pewarna biru, merah, hitam dan putih yang digunakan dalam teknik cat air.
gray balancekeseimbangan kelabuKomunikasiTiadaKeselarasan dalam warna kelabu yang tidak menunjukkan perubahan kepada warna lain sama ada kemerah-merahan, kebiru-biruan atau kekuning-kuningan.
gray hematitehematit kelabuGeologiTiadaSejenis hematit yang berwarna hitam atau kelabu, mempunyai kilau logam bergemerlapan, terdapat dalam bentuk jisim terfoliasi atau bermika atau dalam bentuk hablur tabular atau hablur bak cakera.
shade selectionpemilihan gradasi warnaPergigianTiadaProses mendapatkan padanan warna gigi dengan menggunakan panduan gradasi warna. Pemilihan ini dilakukan sebelum restorasi bagi mengubah atau memadan warna dengan gigi bersebelahan atau gigi yang hendak direstorasi. Warna ini terdapat dalam gradasi perang, kuning, kelabu, dan kelabu kemerahan.
12345678910...

Kembali ke atas