Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lai.nan] | کلاءينن

Definisi : 1. perihal berbeza drpd, perbezaan; 2. sesuatu yg tidak menurut kebiasaan atau yg berbeza drpd sesuatu yg lain: penyim­pangan ini bertujuan utk mempelbagaikan teknik pengolahan supaya wujud ~ drpd cerpen-cerpen yg sedia ada; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lai.nan] | کلاءينن

Definisi : 1 keadaan lain; perbezaan. 2 sesuatu yg tidak menurut kebiasaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelainan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, apakah kelainan antara "terbahagi" dengan "dibahagikan"? Contoh: 1. Sistem pemerintahan negara itu terbahagi kepada dua bentuk: pemerintahan pusat dan pemerintahan negeri. 2. Sistem pemerintahan negara itu dibahagikan kepada dua bentuk: pemerintahan pusat dan pemerintahan negeri. Ayat (1) menggunakan kata "terbahagi", manakala ayat (2) memakai kata "dibahagikan". Apakah beza?Lihat entri dalam Kamus, terbahagi sama maksudnya dengan dibahagikan. Oleh itu, dalam konteks ayat tersebut kedua-dua kata boleh digunakan.Tatabahasa14.03.2015
Saya ingin tahu sama ada "OKU" bermaksud orang kurang upaya atau orang kelainan upaya ? Biasanya kita ketahui OKU ialah orang kurang upaya, tapi baru-baru ini saya dapati di media-media massa banyak menggunakan 'orang kelainan upaya'. saya mendapat tajuk thesis berkenaan dengan oku .Jadi istilah mana yang saya perlu guna?saya harap pihak tuan dapat memberikan jawapan secepat mungkinIstilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini, iaitu penggunaan "Orang Kelainan Upaya" yang seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang perubahan dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan. Penggunaan istilah ini juga selaras dengan akta, Akta Orang Kurang Upaya 2008.Istilah04.12.2015
Selamat Pagi. Saya ingin tahun sama ada "OKU" bermaksud orang kurang upaya atau orang kelainan upaya ? Biasanya kita terima OKU ialah orang kurang upaya, tapi baru-baru ini saya dapati buku rujukan budak sekolah guna 'orang kelainan upaya'. Terima Kasih. Dprd. YapIstilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini, iaitu penggunaan "Orang Kelainan Upaya" yang seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang perubahan dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan.Istilah09.01.2014
Apakah perkembangan terkini mengenai istilah Orang Kelainan Upaya? Adakah DPB telah mengisytiharkan secara rasmi penggunaannya menggantikan istilah Orang Kurang Upaya?Istilah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU telah diterima pakai penggunaannya. Kami maklum dengan perkembangan terkini penggunaan "Orang Kelainan Upaya" lebih kerap didengari seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanpun belum ada apa-apa perubahan dalam hal ini dan penggunaan "Orang Kurang Upaya"  masih dikekalkan penggunaannya.Istilah04.01.2014
Selama ini saya tahu OKU bermaksud Orang Kurang Upaya, tapi sejak akhir-akhir ini saya perhatikan di TV3 sering sebut sebagai Orang Kelainan Upaya... persoalannya bila pula digunapakai istilah ini dan adakah ia sudah menjadi sesuatu yang rasmi? Di stesen LRT Universiti juga ditulis Orang Kelainan Upaya di tempat parkirnya.Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini penggunaan "Orang Kelainan Upaya" lebih kerap didengari/dibaca seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanpun belum ada apa-apa perubahan buat masa ini dan penggunaan "Orang Kurang Upaya"  masih dikekalkan.Istilah31.05.2011
Salam Sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin tahun sama ada "OKU" bermaksud orang kurang upaya atau orang kelainan upaya ? Sekian, terima kasihIstilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini, iaitu penggunaan "Orang Kelainan Upaya" yang seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang perubahan dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan. Penggunaan istilah ini juga selaras dengan akta, Akta Orang Kurang Upaya 2008.Istilah04.07.2018
Salam, Saya inginkan kepastian. Benarkah istilah Orang Kurang Upaya (OKU) kini sudah ditukar menjadi Orang Kelainan Upaya?Adakah ini bermakna penggunaan istilah Orang Kurang Upaya sudah tidak relevan? Sekian, terima kasih.Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini, iaitu penggunaan "Orang Kelainan Upaya" yang seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang perubahan dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan.Istilah14.08.2012
Apakah maksud Orang Kelainan UpayaPerkataan yang sering digunakan ialah Orang Kurang Upaya atau OKU yang bermaksud orang yang cacat, kekurangan atau keadaan kurang sempurna pada tubuh dan pancaindera.Makna12.11.2009
Baru-baru ini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengeluarkan satu surat rasmi mengenai istilah OKU. dalam surat berkenaan, pihak kementerian telah memaklumkan bahawa singkatan OKU ialah Orang Kurang Upaya. BUKAN Orang Kelainan Upaya. Bagaimanapun, saya dapati masih banyak lagi media cetak/massa yang menggunakan istilah yang salah iaitu Orang Kelainan Upaya. Mohon DBP memberi teguran mengenai hal ini. Perkara ini wajar diberi perhatian kerana ia akan mengelirukan masyarakat terutamanya pelajar sekolah.Terima kasih atas makluman tuan, dan kami juga atas perkembangan mutakhir ini. Sehubungan itu, perkara ini akan diambil tindakan sewajarnya.Lain-lain24.06.2014
Pertanyaan penggunaan bahasa yang betul. i. Reka bentuk atau rekabentuk. Cth. Unit Rekabentuk ii. Orang Kurang Upaya atau Orang Kelainan Upaya iii. Rujukan pada kontrak/garis panduan. Cth. Menurut klausa 12 syarat-syarat kontrak. Penggunaan menurut atau mengikut? klausa atau perenggan atau para yang sesuai kepada kontrak/garis panduan? iv. kemudahan atau fasiliti. cth tanjakan aras (ramps)/ tandas OKU merupakan kemudahan atau fasiliti OKU v. kebolehaksesan atau aksesibiliti. Cth. akses kepada sistem. sekian, terima kasih.1. Ejaan yang tepat ialah reka bentuk.
2. Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini, iaitu penggunaan "Orang Kelainan Upaya" yang seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang perubahan dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan.
3. Rujukan pada kontrak/garis panduan - kedua-duanya boleh digunakan.
4. Menurut atau mengikut - kedua-dua perkataan ini boleh digunakan.
5. klausa atau perenggan atau para  - kontrak/ garis panduan klausa dan perenggan sesuai digunakan manakala para merujuk kepada bilangan jamak seperti "para pelajar", para guru dan lain-lain.  
6. kemudahan atau fasiliti - untuk maklum, kata facility diberikan padanan kemudahan dalam bahasa Melayu, tidak ada perkataan fasiliti dalam Kamus Dewan.Oleh sebab itu, gunakanlah perkataan kemudahan dalam penulisan tuan.
7. Istilah bahasa Melayu yang lain bagi accessibility ialah kebolehcapaian.
Istilah09.06.2017
1234

Kembali ke atas