Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la/] | کلق

Definisi : (masa atau hari) akan datang, kemu­dian, nanti: kalau sudah jadi saudagar ~, tentu aku tak akan hina benar lagi di mata orang; ~ kemudian (di) masa hadapan; di akhirat ~ di akhirat nanti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la/] | کلق

Definisi : Jk kelah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la/] | کلق

Definisi : ; ~-kelik Jk kelip-kelip, kedip-kedip. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la/] | کلق

Definisi : (masa atau hari) yg akan datang; kemudian; nanti: Saya ingin menjadi doktor apabila sampai masanya ~. kemudian ~ masa yg akan datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Buah ini buah berangan,
     Masak dibungkus sapu tangan;
Dunia ini dunia pinjaman,
     Akhirat kelak kampung halaman.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Jangan sangat pemilih,
     takut terkena buku buluh (kelak).

Bermaksud :

Kerjakanlah sesuatu pekerjaan itu dengan tekun dan sabar tanpa dolak-dalik.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat yang mana betul? 1. Saya akan membincang mengenai/tentang kursus itu kelak. 2. Saya akan membincang kursus itu dalam sehari dua.Ayat yang betul ialah: . Saya akan membincangkan tentang kursus itu kelak./sehari dua lagi.Tatabahasa25.01.2022
Tuan, 1. Penggunaan frasa manakah adalah betul? Budak yang malas belajar itu akan berhadapan dengan kesukaran pada _________________. a) masa hadapan b) masa depan c) masa kelak (boleh melebihi 1 jawapan) 2. Dia belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjamin __________________nya. a) masa hadapan b) masa depan c) masa kelak (boleh melebihi 1 jawapan) Terima kasih.Frasa masa depan dan masa hadapan membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun frasa masa hadapan lebih sesuai digunakan dalam konteks rasmi.Tatabahasa29.01.2018
Pelan Strategik ICT ini, dirangka agar selari dengan Pelan Strategik ICT Negeri Kedah, agar perlaksanaannya kelak saling melengkapi. Betulkah susunan ayat di atas.Istilah ICT merupakan istilah bahasa Inggeris dan padanan istilah bagi bahasa Melayunya ialah TMK.
Susunan ayat yang betul adalah seperti yang berikut: Pelan Strategik TMK ini dirangka selari dengan Pelan Strategik TMK Negeri Kedah supaya pelaksanaannya kelak saling melengkapi.
Tatabahasa23.01.2018
Tuan/Puan, Saya Dalam Peringkat Akhir Penyelidikan Antarabangsa Dan Kini Menuju Ke Peringkat PENJEJAKAN. Dan Untuk Hal Tersebut, Saya Memerlukan Bantuan Organisasi Bahasa Seperti Tuan/Puan Untuk Melakukan : TERJEMAHAN Bahan Laporan Yang Saya Buat Dalam BAHASA MALAYSIA Ke Dalam BAHASA INGGERIS - Untuk Rujukan Pelbagai Pihak Antarabangsa Kelak Termasuk Pihak KERAJAAN Negara-Negara Antarabangsa. Untuk Makluman, Saya Kurang Berkemahiran Menulis Dalam English. Semoga Pihak Tuan Dapat Membantu Usaha Amanah Tanggungjawab Antarabangsa Seperti Ini. Biar Balik Tangan Kosong Setelah Usaha, Daripada Berlaku : LALAI, CUAI, TERLEPAS PANDANG SERTA ENDAH TAK ENDAH DALAM PERKARA AGAMA DAN KETUHANAN (Covid19 TIADA KENA MENGENA DENGAN SIFAT ACUH TAK ACUH MANUSIA BERKENAAN Perkara Kajian Ini Yang Dibangkit Sejak 2018 Di Malaysia - Negara Kelahiran Subjek Kononnya Si KUNCI UTAMA & PEMULA LANGKAH PENJEJAKAN SUCI Di Akhir Zaman) Semoga Kerjasama Kita Berterusan Kelak Sesudah Dan Termasuk (Jika Sudi Supply TEAM GERAK KHAS DBP Untuk Jadi TEAM MANUSKRIP & PERBAHASA-AN Kelak); Untuk Sama Sama Dalam Sesi XRay Rasmi 4 IKONIK PEMANDA MASA AKHIR ZAMAN, Dimulai Dengan : INDIA, CHINA & MESIR Kelak. LAPORAN RASMI UTAMA Dihantar Kemudian Melalui Emel Reply Anda. Kapasiti Borang Ini Terhad.Untuk makluman, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak membuat kerja-kerja terjemahan. Walau bagaimanapun, pihak tuan boleh berhubung dengan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) untuk urusan yang berkaitan dengan terjemahan. Terima kasih.Lain-lain16.05.2021
apakah penggunaan bahasa inggeris dalam matapelajaran matematik dan sains menyebabkan bahasa melayu terabai dan apakah kesannya kelak?Apabila sesuatu bahasa itu tidak lagi dijadikan bahasa ilmu, maka bahasa itu lama-kelamaan akan hanya menjadi bahasa perbualan biasa dan semestinya akan menjatuhkan martabatnya.Lain-lain17.08.2006
Assalamualaikum Tuan, Bagaimana saya ingin membuat permohonan pengesahan bahasa untuk pengiklanan banting bagi expo yang akan diadakan kelak di Johor Bahru? Di sini saya lampirkan banting tersebut.

Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my)

Lain-lain24.07.2017
Tuan, Kami ingin mendapatkan pandangan berkaitan istilah berikut, merujuk kepada tajuk yang bakal diberikan kepada penerbitan kami kelak. Adakah kombinasi perkataan bagi tajuk-tajuk tersebut memberi makna dan penggunaanya betul? i. JEJAK WARISAN ii. DENAI BENTALA iii. 3 DEKAD: JEJAK DAN DENAI BENTALA iv. 3 DEKAD: DENAI NADI DAN JIWA Terima kasih kerana membantu.Frasa Jejak  Warisan dan Denai : Nadi dan jiwa adalah betul. Namun, dalam data PRPM, perkataan bentala tidak mempunyai makna.Lain-lain19.02.2013
saya merupakan pelajar tahun 2 UKM yang mengambil jurusan linguistik melayu..saya amat berminat untuk berkhidmat di DBP apabila tamat pengajian kelak. oleh itu, sebagai persediaan awal saya bercadang untuk menjalankan Latihan Industri(LI) saya di institusi tersebut pada tahan 3 nanti.apakah bidang yang ditawarkan untuk membolehkan saya menjalankan LI di DBP nanti? jawapan tuan saya dahului dengan jutaan terima kasih

Untuk keterangan lanjut tentang persoalan tersebut, sila hubungi Puan Norma binti Mohd. Nazim, Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, melalui no. telefon 03-21439135 atau e-mel: norma@dbp.gov.my.

Lain-lain28.10.2010
Assalamualaikum, saya ingin bertanya beberapa soalan 1. Semuanya bermula dari ikhlas... (Adakah penggunaan kata sendi betul dalam ayat ini?) 2. Puncak kehidupannya kelak sudah pasti menyandangkan kebahagiaan di dunia dan mendapat rahmatan al amin di akhirat. ( Adakah penggunaan perkataan menyandangkan dan rahmatan al amin betul dalam ayat ini?)1. Penggunaan kata sendi nama yang sesuai dalam ayat tersebut ialah "daripada".
2. Perkataan menyandangkan bermaksud memikulkan dan tidak sesuai dari aspek semantik ayat tersebut.
Tatabahasa21.04.2012
Apakah yang dimaksudkan dengan 'jaya diri' sebenarnya? bagaiamana frasa ini digunakan dalam ayat? Bolehkah seseorang murid menulis ayat yang berbunyi seperti ini: Kita harus bersemangat jaya diri dengan bercita-cita tinggi agar mencapai kejayaan dalam hidup kelak.Tidak ada contoh penggunaan "jaya diri" dalam sumber rujukan kami. Kami cadangkan ayat ini diubah menjadi "Kita harus bersemangat memajukan diri dan bercita-cita tinggi agar mencapai kejayaan dalam hidup kelak".Tatabahasa21.08.2011
123

Kembali ke atas