Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la/] | کلق

Definisi : (masa atau hari) akan datang, kemu­dian, nanti: kalau sudah jadi saudagar ~, tentu aku tak akan hina benar lagi di mata orang; ~ kemudian (di) masa hadapan; di akhirat ~ di akhirat nanti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la/] | کلق

Definisi : Jk kelah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la/] | کلق

Definisi : ; ~-kelik Jk kelip-kelip, kedip-kedip. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la/] | کلق

Definisi : (masa atau hari) yg akan datang; kemudian; nanti: Saya ingin menjadi doktor apabila sampai masanya ~. kemudian ~ masa yg akan datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Buah ini buah berangan,
     Masak dibungkus sapu tangan;
Dunia ini dunia pinjaman,
     Akhirat kelak kampung halaman.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Jangan sangat pemilih,
     takut terkena buku buluh (kelak).

Bermaksud :

Kerjakanlah sesuatu pekerjaan itu dengan tekun dan sabar tanpa dolak-dalik.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pantun

PantunSumberTema
Singgah juga di Bandar Miri, Di jalan raya berjual ragi; Kelak dikenang di belakang hari, Budaya kita dijulang tinggi.Pantun Melayu SarawakNasihat
Sayang selangat ikan seluang, Belah belakang ambil hatinya; Usah niat adik seorang, Kelak belakang ada gantinya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak kancil tegak menengkar, Kena sepak lari mengerang; Sejak kecil banyak belajar, Supaya kelak menjadi orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sekali balik balam ke tingkap, Bertenggek sambil bergantungan; Hati nan fasik bawalah mengucap, Kelak badan kan bertanggungan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buah ini buah berangan, Masak dibungkus sapu tangan; Dunia ini dunia pinjaman, Akhirat kelak kampung halaman.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Singgah sebentar di Pekan Marudi, Singgah juga di Bandar Miri; Jika hidup berbhasa berbudi, Kelak dikenang di belakang hari.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kapal berlabuh nampaknya sayup, Sauh dibongkar layar berkembang; Kalau tak sabit angin bertiup, Masakan kelak pohon bergoyang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Orang Daik pergi menuba, Dapat seekor ikan haruan; Perkara tak baik jangan dicuba, Takut kelak merana badan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Ikan mati kerana tuba, Tuba dibuat di dalam hutan; Yang malang jangan dicuba, Hidup kelak binasa badan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat

Kembali ke atas