APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LELUCON? | Lelucon bermakna kelakar atau jenaka (cerita, dsb), lawak, kelucuan. | Makna | 23.03.2008 |
Furry fandom dan funny animal adalah istilah yang digunakan untuk genre cerita berunsurkan haiwan seperti Mickey Mouse dan Goofy. Adakah sesuai saya terjemahkan sebagai "fandom berbulu" dan "haiwan kelakar" atau biarkan sahaja istilah itu dan digunapakai dalam penulisan Bahasa Melayu? Kemudian terangkan sahaja dalam konteks yang akan ditulis nanti? | Belum ada lagi istilah dalam bahasa Melayu untuk Furry Fandom dan funny animal. Tuan/puan boleh menggunakan istilah dalam bahasa Inggeris untuk penulisan bahasa Melayu tetapi perlu ditulis dalam huruf condong (italic). Kemudian terangkan maksud istilah itu dalam konteks yang akan ditulis. | Istilah | 18.06.2017 |
Saya torig khunlat sedang belajar bahasa melayu dasar. di Univesiti Fatoni salatan Thailand, ingin bertanya DBP tentang tatabahasa. apakah kata canda itu ? terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, canda bermaksud 1. kelakuan 2. gurauan, kelakar (Jakarta) 3. rupa (Minangkabau) 4. sejenis tombak pendek (sastera lama) | Makna | 10.12.2013 |
Salam. Apakah cadangan pihak DBP bagi terjemahan istilah bahasa Inggeris "key smash". "Key smash" bermaksud perbuatan menekan pelbagai kekunci di papan kekunci secara rawak di dalam sesebuah perbualan, bagi menyatakan perasaan yang sukar untuk digambarkan, lazimnya dalam spektrum kelakar. Bolehkah "hentakan kekunci" digunakan? Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk artikel mengenainya di Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Keysmash Terima kasih. | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "key smash" ialah hentak papan kekunci | Makna | 12.01.2021 |
Apakah beza dengan "serak" dan "gurau"? Terima kasih | Kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang berbeza: serak - 1. parau atau garau (suara) 2. tersendat jalan pernafasannya (seperti orang kena selesema, berdahak, dan lain-lain) gurau - percakapan secara bermain-main, senda, kelakar, lawak, olok-olok | Lain-lain | 20.07.2022 |