Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.kuan] | کلاکوان

Definisi : 1. tabiat yg biasa dilakukan, pe­rangai, perbuatan: semua orang ketawa melihat ~nya itu; 2. gaya (cara dll), keadaan: maka baginda berjalan menyamar ber­keliling negeri hendak melihat segala hal ~ negeri; Tuanku, patik mohon ke hilir hendak melihat ~ orang perang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.kuan] | کلاکوان

Definisi : tingkah laku; perangai: Kedua-dua budak itu baik ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,

Peribahasa

Usul menunjukkan asal.

Bermaksud :

Sifat kelakuan seseorang itu menunjukkan asal keturunannya.

 

Lihat selanjutnya...(27)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
behaviour modellingmodel kelakuan; pemodelan kelakuanPendidikanTiadaPerkara atau perlakuan yang boleh menjadi contoh untuk diikuti atau diteladani oleh pihak lain.
behaviour modellingmodel kelakuan; pemodelan kelakuanEkonomiTiadaTiada
behaviour modellingmodel kelakuan; pemodelan kelakuanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
abnormal behaviourkelakuan abnormalPenternakanGenetik dan PembiakbakaanAktiviti yang tidak mengikut kebiasaan dan berlaku pada haiwan disebabkan oleh perubahan fisiologi, persekitaran dan penyakit. Kelakuan abnormal berbeza antara spesies haiwan ternakan. Contoh kelakuan abnormal pada haiwan ternakan ialah kelakuan agresif yang melampau seperti membunuh anak atau meminum air kencing sendiri.
electrochemical behaviourkelakuan elektrokimiaKimiaTiadaKelakuan bahan kimia apabila dikenakan tindakan elektrik.
entry behaviourkelakuan masukPendidikanTiadaKelakuan, pengalaman, kemahiran, dan sikap pelatih apabila menyertai kursus atau program.
entry skillkelakuan masukPendidikanTiadaKelakuan, pengalaman, kemahiran, dan sikap pelatih apabila menyertai kursus atau program.
behavioural competenciestrampil kelakuanPentadbiranTiadaCiri-ciri kelakuan terbaik yang melambangkan kecekapan individu.
conduct warningamaran kelakuanSukanTiadaDikenakan amaran kelakuan.
behaviour guidancebimbingan kelakuanPerubatanTiadaRawatan untuk mengubah kelakuan seseorang kepada yang diingini melalui bimbingan dan pembelajaran.
12345678910...

Kembali ke atas